in , ,

Cuci Muka Harian Tak Cukup, Ini Cara Cuci Muka Mingguan Korang Kena Tahu!

Sumber gambar: www.allure.com

Setaip orang ada rutin cuci muka yang berbeza mengikut kulit masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan. Ada yang ada 15 langkah cuci muka, ada yang hanya ada 2 langkah sahaja iaitu sabun muka dan bilas. Tidak kisah jenama apa sekali pun korang guna untuk cuci muka, hari ini jom kita belajar steps cuci muka mingguan. Cuci muka bukan sahaja perlu buat setiap hari, but on weekend kita ada extra steps sikit. Jerawat yang ‘singgah’ pada usia remaja adalah jerawat yang normal. Kenapa normal? Sebab masa usia remaja kita mula lalui perubahan terhadap hormon. Jom ikuti steps LUNARIA kongsikan ini untuk dapatkan kulit yang lebih sihat.

SKRUB & MASK MUKA

5 Produk Penjagaan Wajah Yang Dielakkan Oleh Pakar Kulit Sendiri ...
Sumber gambar: Iluminasi.com

Ada macam-macam jenis skrub dan mask yang korang boleh pakai on weekend. Kalau nak buat sendiri pun boleh.. Korang boleh buat check out artikel DIY mask LUNARIA telah kongsikan aebelum ini. Sedikit tips dari kami, kita tak digalakkan untuk skrub muka terlalu kerap.. cukup hanya 2 kali seminggu. Setiap hujung minggu korang boleh set date dengan kawan baik atau kakak dan mak untuk pakai skrub dan mask together. Jadikan ia rutin bersama.

BERSIHKAN PHONE

via GIPHY

 

Ini salah satu perkara penting untuk kita lakukan setiap minggu walaupun phone itu bukan muka kita. Setiap hujung minggu kita kena bersihkan phone sebab selepas seminggu kita guna phone tersebut ada banyak bakteria terkumpul dan telah melekat pada phone. LUNARIA rasa kalau kita boleh nampak bakteria dengan mata kasar, mungkin kita akan rasa geli nak pegang phone. Cara nak bersihkan senang sahaja, korang hanya perlu lap phone menggunakan sanitizer  or alcohol swap dan tisu basah.. dan settle!

TUKAR SARUNG BANTAL

Sumber gambar: curlsunderstood.com

Haa.. siapa di sini pakai sarung bantal lebih daripada sebulan? Itu adalah satu kesalahan gais. Tukar please! Kalau korang nak tahu, kita perlu tukar sarung bantal setiap hujung minggu sebab waktu tidur, badan kita mengeluarkan peluh lebih banyak daripada kita berjaga. Sarung bantal dah serap banyak peluh kita, jadi ada bakteria banyak telah terkumpul. Ini buatkan muka kita mudah naik jerawat..

CUCI MAKEUP BRUSH

How to Clean Your Makeup Brushes, and How Often You Should Do It ...
Sumber gambar: Allure.com

Kalau korang seorang makeup junkie, sangat penting untuk bersihkan berus makeup setiap minggu. Sekarang ini ada macam-macam jenis pencuci dan cara untuk cuci berus makeup. Ada yang guna mesin special dan ada yang manual cuci sendiri guna makeup cleaning pad.. Ikut keselesaan masing-masing.

Jadi korang dah ready nak buat steps extra minggu ini? Apa-apa pun kita kena rawat dalaman dulu untuk kekal cantik and cute! Pinkish flawless gitu! Penjagaan dan kebersihan muka sangat penting untuk kita gadis-gadis jaga tau.. Selamat mencuba tips LUNARIA!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lupa Ada Homework Apa? Cuba Cara Ini…

Form 5 Dan Form 6 Pergi Sekolah, Yang Lain Nak Buat Apa?