in ,

‘Cuci’ Mata Percuma Dengan Cara Menangis

Sumber gambar: dramabeans

Sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak nangis. Macam budak-budak! Keras sikit, manja sangat nak menangis je kerjanya.

Amboi, siapa yang berani sangat cakap macam itu ya? Kita bukannya suka-suka nak menangis tanpa sebab, mesti ada sebab kenapa kita nak menangis. Sometimes sebab happy sangat pun boleh buat menangis juga tau. Tapi sebenarnya menangis baik untuk kesihatan! Ia ibarat terapi untuk diri sendiri. Tak semestinya sedih je yang boleh buat kita menangis. Korang nak tahu tak apa kebaikan sebalik menangis? Check it out okay!

DAPAT KURANGKAN STRESS YANG ADA

via GIPHY

Sometimes bila terlampau fokus sangat study, boleh buatkan kita stress sebab otak asyik fikir nak dapatkan result cemerlang tanpa fikir tentang kesihatan diri. Benda itu akan buat korang rasa terbeban dan akhirnya menangis jalan penyelesaian yang ada. Korang perasan tak lepas menangis, kita akan rasa lebih lega dan semua masalah rasa macam hilang sekejap. Nak tahan air mata daripada keluar pun satu effort yang tinggi.

DAPAT MERAWAT MATA KERING

Image result for mata kering
Sumber gambar: cnnindonesia

Apa kaitan air mata dengan mata kering? Kalau orang itu dah lama tak menangis, habis kering mata dia?

Ehh, tak bukan macam itu. Dalam bada kita terdiri daripada 70% air and of course setiap bahagian badan ada peratus air yang tersendiri. Dekat mata kita pun ada juga air. Dengan air mata, mata korang akan jadi lebih lembab dan ia dapat melicinkan mata. So bila air mata keluar, baru basah sikit mata. Kira ‘mencuci’ daripada kotoran juga. Melainkan korang sentuh bebola mata guna tisu, memang boleh berair mata. Daripada korang nak ‘cuci’ bebola mata guna tisu, baik cuci dengan cara menangis!

BAKTERIA PUN BOLEH MATI SIS

Image result for bakteria mata
Sumber gambar: doktorbudak

Serious air mata ada power macam itu sekali sampai boleh bunuh bakteria?

Ya, nampaknya begitu. Dalam air mata mengandungi ‘lysozyme’ yang mana berkemampuan untuk bunuh bakteria sehingga 59%! Cara pembunuhan itu ialah dengan menghancurkan dinding sel bakteria tersebut. Dengan itu, bakteria yang ada dekat mata pun dapat dihapuskan dengan air mata. Wowww, for those yang selalu sangat menangis mesti bakteria pun dah tak sanggup nak naik dekat situ betul tak?

MENYIHATKAN MATA DENGAN PERCUMA

via GIPHY

Biasa dekat klinik ada perkhidmatan mencuci gigi. Tapi kita sendiri boleh buat perkhidmatan mencuci mata secara PERCUMA.

Caranya ialah dengan hanya menangis, tak perlu keluarkan satu sen pun. Macam yang Ainaa cakap dekat atas tadi, air mata dapat melembabkan mata dan ia akan mencegah dehidrasi pada bahagian selaput mata. At the same time ia mampu untuk keluarkan segala kotoran dan debu yang ada dekat bahagian celah bebola mata. Kira fungsinya lebih kurang seperti ubat mata. Tapi ubat mata kena beli, menangis percuma. So, baik menangis je, haha!

Sekarang dah jelas kenapa menangis itu sebenarnya baik untuk kesihatan kita. Tapi jangan pula korang menangis setiap hari, nanti sembab pula mata! Habis ada eye bag bawah mata, dah orang tegur kata korang putus cinta. Sekali sekala takpe, jangan selalu okay girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum KPOP Datang, Ini Kumpulan Yang Pernah Famous

Holiday Dengan BFF, Friendship Jadi Lebih Kuat!