in ,

Cubaan Bunuh Diri, Mina EX AOA Masuk Hospital

Sumber gambar: Pinterest.com

Buli sana, buli sini. Setiap hari ada sahaja kes buli melanda tak kira mangsanya orang biasa mahupun seorang selebriti. Bila agaknya masalah buli ini akan berakhir?

Tak dinafikan setiap hari akan ada sahaja berita tentang kes buli. Korang sendiri pernah kena buli tak? Apa inisiatif yang akan korang lakukan kalau selalu kena buli? Adakah akan tetap redha atau lawan balik orang yang membuli? Tapi kalau buli secara dalam alam siber macam mana?

AOA Mine Emergency Hospitalized After Suicide Attempt - Somag News
Sumber gambar: Somagnews

Sebelum ini, salah seorang anggota kumpula AOA iaitu Mina telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli kepada ahli kumpulannya sendiri selama hampir 10 tahun. Satu persatu kejadian buli yang berlaku terhadap dirinya disiarkan menerusi posting Instagram miliknya sendiri. Disebabkan kejadian buli itu, dia mengalami tekanan mental yang teruk. Lebih mengejutkan apabila gambar yang dikongsikan oleh Mina itu membuktikan bahawa dirinya pernah dikasari dengan teruk pada bahagian tangan sehingga meninggalkan kesan lebam.

Sumber gambar: Antaranews

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu lagi, dia dibuli secara mental apabila sering dimarahi oleh ketua kumpulan AOA sendiri iaitu Jimin sehingga dia berasa takut untuk pulang ke rumah pada hari pengebumian bapanya sendiri pada tahun 2014 yang lalu. Alasan yang dia terpaksa berikan ketika itu ialah enggan mengganggu jadual mempromosikan group AOA, disebabkan itu dia tidak dibenarkan menghadiri pengebumian bapanya itu.

Siapa sahaja yang sanggup nak tahan lagi lepas kena buli selama 10 tahun? Mahu atau tidak, nampaknya kini syarikat FNC Entertainment terpaksa tampil untuk memberikan kenyataan berkaitan isu yang sedang berlaku.

Former AOA member Mina reveals evidence of self-harm in response ...
Sumber gambar: Cnalifestyle

Pertama sekali, kami ingin memohon maaf bagi pihak artis kami, Jimin dan kontroversi yang melandanya. Jimin telah mengambil keputusan untuk meninggalkan AOA dan bersara daripada industri hiburan. Sebagai agensi, kami berasa bertanggungjawab terhadap situasi ini. Kami akan memastikan pengurusan yang baik untuk artis-artis kami.

Kesemua ahli kumpulan AOA telah bertemu Jimin untuk berbincang mengenai hal tersebut. Pada ketika itu pertemuan mereka menjadi awkward dan Mina telah berterus terang mengenai perkara yang dia tidak gemari berkaitan cara kepimpinan Jimin. Disebabkan kejadian itu, FNC Entertainment mengumumkan bahawa AOA tidak akan menyertai acara ‘Wonder Woman Festival 2020’ yang bakal diadakan pada 26 September ini.

View this post on Instagram

진리야 보고싶다..

A post shared by 권민아 우리액터스 actress (@kvwowv) on

Selepas pendedahan Mina itu viral, sekali lagi si gadis comel itu telah mengeluarkan satu lagi dakwaan baharu sehingga mengejutkan para peminat. Mana tidaknya, Mina yang kini telah keluar daripada kumpulan AOA dikatakan telah dikejarkan ke hospital atas cubaan membunuh diri selepas dia memuat naik satu posting di Instagram miliknya pada Sabtu lepas.

Menurut pihak pengurusan Mina iaitu Woori Actors, artis dibawah label mereka itu masih lagi dalam rawatan hospital. Mujur kecederaan yang dialaminya itu tidak serious apabila memperlihatkan pergelangan tangannya luka. Pihak Woori Actors juga ada menghubungi pihak polis selepas Mina memuatnaik posting tersebut. Namun posting tersebut telah dipadam sendiri oleh Mina.

Posting Mina itu ditujukan khas buat Jimin, Seolhyun dan juga Ketua Pegawai Eksekutif FNC Entertainment iaitu Han Sung Ho.

Mina and Seolhyun : kpics
Sumber gambar: Reddit

Saya tak nak ‘pergi’ dengan hati tak tenang. Hiduplah dengan tenang wahai Shin Jimin, Han Sung dan Kim Seolhyun. Keluarga saya hanya akan bersedih walaupun ini bukan salah mereka. Tolong bertanggungjawab atas impak psikologi yang mereka alami…

Dikatakan juga Mina menyifatkan bekas labelnya itu sebagai tidak adil dan bertanggungjawab atas kes buli yang melanda dirinya. Selepas cubaan untuk menghubungi FNC Entertainment, Mina gagal mendapatkan penjelasan lanjut daripada mereka. Mungkin disebabkan itulah Mina mengambil keputusan di luar jangkaan itu.

Diharapnya akan ada penjelasan susulan berkaitan isu ini. Sampai bila agaknya selebriti Korea perlu berhadapan dengan gejala buli sebegini? Sebagai peminat mesti kita sendiri tak nak dengar berita tentang mana-mana K-idol membunuh diri disebabkan tekanan yang dialami. Semoga keadilan akan dapat ditegakkan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 List Drama Bulan Ogos Menanti Peminat K-Drama

Air ‘Rahsia’ Yang Bakal Bantu Panjangkan Rambut