in ,

Kesan Bila Tak Cuba Try Test Dulu Produk!

Sumber Gambar: stocktondermatology.com

Salah satu benda yang paling di takuti semasa meningkat remaja ialah breakout.. #Lunagirls sokong? Tapi korang jangan risau.. sebab perkara ini sangat normal! Selalunya yang baru alami perubahan hormon dan mula ada jerawat di muka mesti akan panic, buat research tentang produk muka tu dan terus pakai! Eh! Actually korang kena test dulu tau #Lunagirls sama ada produk tersebut sesuai ke tak.. Kalau ada tanda-tanda yang LUNARIA akan kongsikan ni di bawah ni, better korang stop penggunaannya okay!

MATA MERAH

via GIPHY

Kalau mata #Lunagirls sensitif, ingat untuk berhati-hati semasa pilih eye shadow, mascara and eye liner! Sekiranya mata korang tiba-tiba jadi merah, berair dan pedih, LUNARIA sarankan korang untuk stop! Korang boleh guna produk yang water base supaya dapat elakkan kawasan mata lebih merah okay!

PEDIH DAN PANAS

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang pernah gunakan product kosmetik atau skin care, dan selepas itu kulit menjadi panas dan mula rasa pedih.. Ia adalah tanda bahawa product itu tidak sesuai dengan kulit korang! Kadang-kadang, walaupun dekat produk tu tulis untuk kulit sensitif tak bermaksud sesiapa yang ada kulit sensitif sesuai untuk pakai tau.. Jika kulit korang sensitif, rujuk pada pakar untuk tahu produk yang lebih sesuai dengan korang okay?

KULIT KERING

via GIPHY

Ini adalah benda yang paling tak best bila kulit jadi kering dan mengelupas! Bukan setakat itu saja, korang akan rasa gatal seluruh muka! Ughhh! Kalau jadi macam ni korang jangan sesekali ringan tangan untuk menggaru dan segera berjumpa doktor ya! Dan elakkan untuk pakai apa-apa produk buat seketika okayyy..

BIBIR GATAL

via GIPHY

Selalu orang ingat bibir kering je sebab kekurangan air di dalam badan! Tapi sebenarnya bibir kering dan mengelupas juga merupakan tanda yang lip product yang korang guna tidak sesuai. Kalau jadi macam ni korang perlu berpantang dari memakai apa-apa lipstick, hanya lip balm je boleh tau!

JERAWAT

via GIPHY

Tanda yang paling ketara adalah jerawat makin banyak, sekiranya berlaku sebegini korang dah boleh terus berhenti. Memanglah ada orang kata itu kesan sampingan, tapi apa yang LUNARIA boleh kata adalah berhenti dan kalau nak cuba juga maybe lepas semua jerawat itu kembali reda then there you go.

Kalau #Lunagirls ada tanda-tanda seperti di atas ni.. jangan sesekali teruskan penggunaan produk tu okay #Lunagirls! Untuk elakkan jadi makin teruk..It’s okay kalau masa remaja ni kulit korang ada jerawat, ia sangat normal! Always remember to love yourself okay girls.. XOXO!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Umur Baru Belasan Tahun Dah Ada Uban? LOL!

Bela Pets Hilang Stress Atau Tambah Stress?