in ,

Cuba Cara Ini Untuk Elak Baju Cepat Kedut

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduh, baru gosok dah kedut lagi baju. Tak suka betul macam ni. Asyik kena gosok lagi je. Malas pakai baju ni lagi, cari baju lain je senang.

Image result for girl wear wrinkle shirt
Sumber gambar: Herworld

Gosok baju kadang-kadang best juga tapi kalau dah gosok then kedut balik, semua orang boleh give up, hehe! Kalau jenis kain susah nak iron lain cerita tapi ini memang senang nak gosok tapi masih mudah nak berkedut. Sama juga macam baju sekolah, baru sampai dekat tapak perhimpunan dah berkedut-kedut. LUNARIA ada cara untuk kita kurangkan kedut di baju, tak kisah baju biasa atau baju sekolah sekalipun. Ia akan berkesan sebab sis Ainaa sendiri pernah cuba sebelum ini. Jom kita try!

GANTUNG DI HANGER

Image result for baju gantung
Sumber gambar: Shopee

Ada certain baju korang kena gantung menggunakan hanger walaupun belum digosok. Let say pakaian itu baru dibasuh dan dah kering, korang terus gantung dekat hanger supaya possibility untuk pakaian tersebut berkedut berkurang. At least nanti bila nak gosok baju, tak ada kena bersusah payah tekan tekan iron dekat baju. Atau boleh juga waktu nak sidai baju, korang kibas baju terlebih dahulu dan gantung dengan menggunakan hanger. Cara itu juga akan mengelakkan daripada baju korang tak mudah berkedut bila digosok nanti.

TERUS IRON

Image result for spray baju waktu iron
Sumber gambar: Remaja

Biasanya hari Jumaat dah basuh semua pakaian sekolah terutamanya. Balik je dari sekolah terus basuh baju sekolah. Atau boleh jadi juga korang akan basuh pakaian sekolah pada hari Sabtu. Amalkan selalu bila pakaian dah kering, terus je iron. Jangan tunggu Ahad baru nak iron baju sekolah. At least bila korang buat macam itu, baju sekolah tak ronyok atau ada kesan lipatan waktu nak iron. Sekurang-kurangnya kerja untuk menggosok nanti akan berjalan dengan lancar tanpa perlu korang bersungguh-sungguh. Kalau korang bersungguh-sungguh sangat nak iron sesuatu pakaian, tak mustahil pakaian itu akan rosak bila lama-lama. Baju sekolah nak pakai lama betul tak? Takkan setahun dua tiga kali nak beli baju baru?

SPRAY DENGAN PELEMBUT KAIN

Image result for gosok baju sekolah
Sumber gambar: Keluarga

Ehh pelik ke spray baju dengan pelembut kain? Ha, tak pelik pun korang sebab benda ini memang elok pun. Walaupun waktu basuh pakaian mak dah letak pelembut, tapi kali ini bukanlah kena tuang banyak.. Cukup korang campurkan sedikit pelembut kain ke dalam botol spray dan tambahkan air biasa. Goncangkan botol itu supaya larutan pewangi dapat bercampur dengan air biasa. So, bila nak iron, spray sekali air pewangi pakaian. Baru senang nak iron dan baju pun jadi extra wangi. Cuma dinasihatkan jangan spray dekat tudung biasa macam bawal atau shawl sebab takut nanti ada kesan spray pula. Dekat baju, kain atau seluar tak ada masalah. Kalau tak percaya, korang cuba dulu cara ini ya!

BASUH GUNA TANGAN

Image result for basuh baju guna tangan
Sumber gambar: Dachublog

Kebiasaannya kalau kita basuh baju menggunakan washing machine, pakaian akan mudah berkedut seribu. Lebih lagi lepas bila ia spin.. Dia punya berkedut sampai macam tak boleh dibawa berbincang. Lagi elok sebenarnya korang basuh dengan menggunakan tangan je. Bersih pun bersih sebab korang boleh cuci terus kotoran yang ada dekat pakaian. At the same time, baju pun boleh bertahan lama. Baju sekolah lagi kena dijaga dengan rapi, so kalau basuh guna tangan lama sikit jangka hayatnya. Kedutan pun berkurangan juga dan waktu nak iron nanti pun mudah je. Perah guna tangan ya, jangan masuk mesin sebab kalau masuk ke dalam mesin sama je macam korang basuh guna mesin basuh, hehe!

Simple je cara tak nak bagi baju kita mudah berkedut. Segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan risau ya sebab kalau korang ada masalah, Lunaria boleh bantu!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Boybands Legend Zaman Abang Kakak Korang

Makanan Yang Sesuai Semasa Puasa Ganti Di Sekolah