in , ,

Crushku Rupanya Saudara Jauhku!

Sumber gambar: https://io9.gizmodo.com/this-remix-app-has-me-addicted-to-making-my-own-oh-no-c-1824244156

ALAMAK! Ingatkan nak pergi rumah sedara biasa, rupanya parents bawa pergi rumah sedara jauh yang anaknya ialah crush kita! Aduh macam mana ni?

Haaaa, tengah seram sejuk ke tu girls? Chill sis, jangan nervous sangat. Simpan sikit rasa nervous tu sebab Ainaa ada untuk tolong korang sorok perasaan tu bila berhadapan dengan si dia waktu beraya.

BERTENANG

via GIPHY

Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Salam je mak si dia macam biasa, jangan terketar-ketar sangat tangan tu. Kalau mak si dia tanya tentang diri korang, jawab je macam biasa. Kalau nampak si dia dekat depan TV tu, korang tenang je, buat macam tak ada apa-apa perasaan.

JANGAN BAGITAHU ADIK BERADIK

via GIPHY

Ni paling bahaya ya korang. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Andai kata ada siblings yang tahu korang crush dekat si dia, confirm dekat situ juga diorang panggil si dia datang berborak. Lagi sakit hati kalau diorang bagi hint tentang perasaan korang dekat si dia. Confirm tak senang duduk dekat situ, risau menyorok dalam toilet je nanti, hihi..

TEGUR MACAM BIASA

via GIPHY

Dah nama pun crush, maybe korang dah kenal dekat sekolah or Instagram. Tegur je macam biasa, like nothing happen. Si dia bukan tahu pun tentang perasaan korang dan korang pun tak nampak nervous sangat. So, dah selamat dekat situ. Kalau before this bertegur dekat sekolah or selalu Whatsapp, takkan bila dah dapat tahu korang ni sedara terus buat-buat tak kenal?

BUAT BAIK

Sumber gambar: http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2014/08/sesuci-lebaran.html?m=1

Hehe! Ini la masanya untuk ‘jual diri’ depan parents si dia. Maksudnya dekat sini, korang tonjolkan la sisi baik diri korang dekat depan family si dia. Mungkin ada yang berkenan, tahu-tahu nanti dah habis sekolah korang berdua dijodohkan. Baru la angan-angan jadi kenyataan. Ewahh, tapi jangan tunjuk gatal sangat ya.

Apa nak risau sangat? Kalau sedara jauh sekali pun, tak bermaksud korang dah tak boleh ada perasaan dekat dia. Nanti dah habis sekolah, luahkan la perasaan tu, maybe si dia pun simpan hati dekat korang ke? Who knows~ Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Beraya Dengan Kawan? Make Sure Buat Ni Dulu…

Lepas Kena Banned, Harga Huawei Jatuh 90%