in ,

Crush Yang Baik Adalah Crush Yang Buat Perkara Ini…

Sumber gambar: Lunaria

Korang pernah jatuh hati? Ia dah jadi lumrah manusia untuk suka kepada seseorang yang kadang-kadang kita pun tak boleh duga kenapa kita tiba-tiba boleh suka seseorang itu. Lebih lagi di zaman sekolah, bukan main ramai list yang kita boleh suka yang mungkin sebab mereka pandai belajar, main sukan, berbudi bahasa atau lain-lain.. Ada juga yang berani nak confess dan ada yang kurang berani sebab takut kena reject! Ala, biasalah itu guys! Situasi ini normal dan kalau jadi pada sesiapa jangan korang down pula. Untuk korang yang dijadikan crush oleh seseorang, apa kata walaupun korang tiada apa-apa perasaan balik dekat orang yang suka korang itu jom kita jadi crush yang baik? Tanpa perlu menolak atau merendahkan orang yang berminat dengan korang. Nak tahu macam mana? Biar kami kongsi dengan korang cara nak jadi crush yang baik adalah dengan buat perkara ini…

BERKAWAN

Sumber gambar: Picture Quotes

Apa kata, daripada korang reject orang yang crush on you, kita ajak dia berkawan? Senang saja! Cakap yang korang sekarang lebih selesa untuk berkawan dulu dan tak mahu lebih sebab nak fokus belajar. Cliche? Tapi ini adalah lebih baik sebab kita tak tahu hati orang yang dah confess pada diri korang itu. Mana tahu dia dah kumpul masa dua ke tiga bulan baru berani, tiba-tiba ditolak, sedihlah kawan itu nanti. Jadi, korang cuba berkawan dan mana tahu sebenarnya mereka ini sebenarnya memang best sangat untuk dijadikan BFF korang? Lebih seronok!

FAHAM DIRI KITA

Sumber gambar: Koreaboo

Dalam dunia ini siapa saja yang tak nak diri mereka difahami, betul tak guys? Jadi sebagai crush yang baik, apa kata kita cuba fahami perasaan dan keadaan diri individu yang suka kita. What if one day korang crush on someone, then orang itu buat tak tahu saja dengan korang? Mesti kita akan rasa kecewa bukan? Jadi, kenapa tidak kalau korang cuba memahami dan lepas mereka jujur itu. Ajaklah berborak, saja buat kelakar ke, study sama-sama ke? Menceriakan orang lain pun dapat manfaat untuk diri korang juga.

SENTIASA SUPPORT

Sumber gambar: Drama Beans

Selain itu juga, kalau nak jadi crush yang baik pun. Why not korang bila ada masa saja ajak girls or boys yang syok pada korang itu lepak minum atau makan? Bila berbual, tanyalah minat mereka ke atau anything yang korang boleh bagi mereka kata-kata semangat? Jadi, di situ korang dah bantu mereka untuk lebih berjaya dan mungkin mereka jadikan diri korang sebagai inspirasi? Tak terharu ke?😍

TAK BERI HARAPAN

Sumber gambar: Iluminasi

Dalam masa yang sama, korang jangan pula beri harapan pada individu yang minat korang itu. Sangat tidak okay nak mainkan perasaan orang lain. Apa kata, korang jujur dengan mereka, kalau korang berkawan just clear the things up okay! Explain juga dengan cara yang baik supaya tak nampak awkward. Yang crush on someone itu pun, korang juga kena memahami. Bukan salah satu pihak saja yang perlu faham, sama-sama faham barulah hubungan korang itu lebih baik.

Jadi selepas ini, dah tak ada masalah kekecewaan untuk korang yang suka seseorang. Ala, tapi ada saja orang crush on someone tapi cuma sebagai goals untuk mereka dapatkan yang lebih baik dalam hidup. Kita pun yang dijadikan crush oleh orang pun tak perlu nak over kalau ada orang suka sampai nak reject ya. Berbuat baik dan layan saja semua orang sekeliling dengan baik.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara ‘Serap’ Ilmu Masa Study Last Minute!

Pengaruh Rakan Sebaya, Jennie Dan Jisoo ‘Bawa’ Super Ring Ke Korea