in ,

Crush Please Notice Me Dengan Cara Ini!

Sumber gambar: youtube.com/ArmadaBand

“Ish… Baim ini! Dah bagi banyak hint yang aku suka dia pun masih tak nampak juga ke? Dia ini buta ke apa?! Geramnya!!!”

Ha! Korang pernah tak rasa perkara macam ini? Mesti ada yang pernah kan? Penat dan jenuh lah kita ini cuba bagi hint pada crush yang kita ini suka diri mereka tapi boleh saja mereka tak nampak! Hmm! Biasa lah itu… tak semua orang akan perasan pun kan? Mungkin mereka ini antara golongan yang fikir positif yang korang ini suka berkelakuan macam ‘itu’ pada semua orang. Jadi, kali ini kami akan kongsi dengan korang cara nak bagi crush notis pada diri kita yang kita ini memang suka dia. Asyik bagi hint pun tak boleh juga kan! Hehe! 

TUKAR ATTITUDE LEBIH MENONJOL

via GIPHY

Antara benda pertama yang korang kena buat adalah korang perlu tukar sikit attitude korang pada mereka. Kalau selama ini korang hanya bagi ketawa bahagia senyum pada mereka sahaja. Why not kali ini korang cuba berbual tentang banyak hal yang menarik perhatian mereka? Contohnya, kalau mereka minat tentang fotografi ke, kopi ke, editing ke, cuba korang selami diri mereka dengan berbual? Confirm punya! Nanti soalan yang akan keluar dari mulut mereka adalah “eh awak minat juga ke benda ini…asyik tanya saja?”. Ha! Korang acah lah sikit okay! 

STUDY GROUP/ MINTA DIA AJAR

Sumber gambar: polygon.com

Selepas itu, bila dah mula berkawan dan berbual macam tadi. Korang boleh cuba untuk minta dia ajar subjek yang korang tak faham atau kalau malu nak belajar dengan crush. Ajak mereka study group bersama dengan kawan korang yang boleh dipercayai. Waktu belajar ini sebenarnya pun boleh tonjol kan lagi korang punya attitude sambil tinggalkan hint tau! Mana tahu, bila korang dah pandai dalam subjek itu, mereka pula yang bangga dengan diri korang dan ehem! Jatuh hati tercyduk lagi aduh! 

JANGAN BAGI HINT LAGI

via GIPHY

Okay lah! Crush tak nampak lagi? Memang mereka tak perasan lagi ini walaupun kawan crush korang pun siap dah beritahu mereka yang korang ini obvious sangat suka si dia? Kali ini, korang dah tak boleh bagi sebarang clue lagi. Jadi, korang terus sahaja beritahu mereka… tak kisah lah melalui teks ke, surat ke kalau nak feeling old school, atau beritahu direct pun lagi bagus! Cakap sahaja terus! Confess! Senang kan hehe! 

KITA IGNORE DIA

Sumber gambar: cinemaescapist.com

Crush korang dah nampak dah selama ini korang suka mereka tapi malas nak layan dan masih nak buat kan korang berada dalam zon kawan? It’s okay, kali ini kita pula ignore dia sebab bila mereka sudah banyak kali mendapat attention kita, dari pelbagai hint dan siap dah confess pun. Korang memang kena ignore mereka, jadi bila mereka rasa pelik kenapa korang macam dah tak nak kawan dengan mereka. Mesti crush korang akan rasa rindu dengan korang dan kali ini  giliran mereka pula yang nak korang notis diri mereka. Sweet revenge gitu! LOL!

Biasalah itu, zaman belajar ini memang lumrah untuk kita nak crush on someone. Tak salah pun kalau korang berusaha dan berani nak dapatkan perhatian crush sebab itu adalah sebahagian daripada kenangan dan memori indah sewaktu sekolah. Kalau dapat crush yang korang idamkan itu dan jodoh, tak salah pun. Jika sebaliknya tak dapat pun, best juga apa sebab nanti bila dah semakin matang mesti korang akan fikir semula “dah kenapa aku suka dia dulu eh? macam menyesal pun ada!” haha! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cantiknya!! Jom Tengok Selebriti Yang Dah Mula Berhijab

Cara Mudah DIY Kasut Lama Jadi Baru