in ,

Crush Dah Berpunya, Jom Lupakan Dia Dengan Cara Ini

Sumber gambar; Dramabeans

OMG! Biar betul Daniel dah ada girlfriend?! Adakah ini maksudnya aku perlu move on daripada dia? Adakah ini pengakhiran kisah crush kita?

Uisshh, crush dah ada girlfriend baru? Mana korang tahu? Mesti selalu check Instagram crush  kan? Amboi, tak bagi langsung ruang pada si dia nak hidup bebas ya. Musim #dudukrumah kali ini, itu salah satu rutin harian ke? Itulah, siapa suruh lambat confess? Sudahnya sekarang korang pula yang melepas tak dapat nak pikat hati si dia.

Funny Crush Memes - What It Feels Like To Have A Crush
Sumber gambar: Seventeen

It’s okay la girls, perjalanan korang jauh lagi. Sekarang baru dekat sekolah menengah, nanti lama sikit dah belajar dekat universiti, boleh korang cari crush baru, hehe! Since korang takkan jumpa crush sehingga 14 haribulan, jom LUNARIA ajar korang cara untuk lupakan si dia.

OFF NOTIFICATION

Help turning off Story notifications? : Instagram
Sumber gambar: reddit

Ainaa tahu, korang ada yang on notification setiap social media crush kan? Mengaku sajalah sebab Ainaa pun before this memang on notification ex crush Ainaa, tapi sekarang dah tak sebab sis dah move on! Cara ini paling berkesan sebab kita dah takkan dapat notification daripada dia dah. So, korang pun tak ada sibuk nak ambil tahu tentang perkembangan hidup si dia. Tak kisah notification dekat Instagram ataupun Twitter, off je. Tapi jangan pula sampai unfollow, cukup sekadar off. Apa pula kata si dia nanti kalau tiba-tiba korang nak unfollow? Even dia dah ada girlfriend pun, tak perlu sampai dia tahu yang kita pernah ada hati dekat dia. Risau pula buatnya kalau girlfriend dia kawan baik korang, hehe!

BUAT MACAM BIASA

Friend Act Normal Your Crush Is Coming Me Im Not Normal in General ...
Sumber gambar: meme

Since si dia pun tak tahu yang korang pernah ada hati dekat dia, korang buat macam biasa. Kalau before this korang berkawan, kawan je dengan dia dan tak perlu sampai putus kawan. Nak buat macam mana kalau dia bukan jodoh korang. Bila terserempak dengan dia dekat sekolah nanti, jangan pergi jeling pula. Kantoi pula nanti, satu hal korang bergaduh pula. Jangan treat dia kasar semata-mata sebab dia dah ada girlfriend, tak baik tau treat orang kasar-kasar. Mana tahu sebenarnya korang memang ditakdirkan untuk jadi kawan sahaja.

TIDUR AWAL, JANGAN SEDIH LA GIRL

Sleep Girl Pictures | Download Free Images on Unsplash
Sumber gambar: unsplash

Usia macam ini memang kita akan jadi sensitive sikit dalam bab hati dan perasaan. Lagi-lagi bila orang yang kita suka dah ada pasangan hidup, memang sedih. Tapi kita boleh atasi rasa sedih dengan tidur awal. Bila tidur awal, kita dah tak ada masa nak ingat tentang si dia. Kita akan terus tidur dan terus lupakan dia waktu tidur, melainkan tiba-tiba korang mimpi tentang si dia pula. Part itu tak boleh buat apa sebab mimpi ni kita tak boleh nak pilih-pilih.

JOM HAVE FUN

The 4 Best Board Games For Large Groups
Sumber gambar: Bustle

Nak hang out dengan kawan-kawan pun tak boleh sebab tengah musim virus, nanti ada pula yang bertambah sedih. Tak ada kawan-kawan nak have fun sama-sama pun tak apa sebab korang ada family disisi? Ajak mereka buat something fun together contohnya belajar baking dengan mak dekat dapur. Sekarang tengah musim ramai orang tengah nak jadi chef? Mana tahu korang sebenarnya ada bakat untuk buat kek, biskut atau dessert? Boleh jual dekat sekolah lepas habis tempoh RMO.

Ingat girls, tak berbaloi pun kalau korang nak sedih sebab lelaki. Perjalanan korang jauh lagi, banyak lagi benda yang korang akan jumpa dan hadapi di masa hadapan.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments