in ,

Cover Lagu Je Pun Boleh Jadi Famous!

Sumber gambar: YouTube

Girls, korang perasan tak sekarang ni ramai sangat penyanyi baru mula dikenali. Ada antara diorang mula naik waktu join pertandingan realiti nyanyian, tapi ada juga yang terkenal hanya dengan cover lagu artis lain dekat social media. #Lunagirls nak tahu tak, siapa agaknya artis yang mula terkenal hanya cover lagu? Okay jom proceed baca article dekat bawah ni okay…

KHAI BAHAR

Hello! Siapa je tak kenal dengan King Of Smule ni? Mulanya Khai hanya cover lagu dekat platform Youtube je, tapi since aplikasi Smule mula wujud, Khai gunakan platform tu untuk tonjolkan bakat dia pada umum. Siapa sangka hanya dengan cover lagu penyanyi lain, sekarang Khai dah berjaya berdiri sama tinggi dengan penyanyi hebat yang lain at the same time berjaya bolot banyak anugerah.

WANY HASRITA

Ramai kata Wany ni umpama jelmaan Siti Nordiana sebab gaya dan genre muzik yang dibawa seakan-akan sama. Sama macam Khai juga, Wany mula terkenal melalui platform Smule, dia dulu cover lagu penyanyi lain, tapi sekarang lagu dia pula banyak dinyanyikan oleh penyanyi lain. Salah satu pencapaian terbesar Wany ialah klip video lagu Menahan Rindu berjaya dapat sebanyak 26 juta tontonan!

ANDI BERNADEE

Baby baby! Hehe! Andi si baby ni pada mulanya hanya la buat cover lagu Tak Tun Tuang dekat Youtube dengan muka ‘busuk’ tapi maintain cute dia tu je. Siapa sangka hanya cover simple macam tu, bakat nyanyian Andi mula diketahui ramai sampai lagu latest dia which is Satu Peluang pun dah jadi OST banyak drama tempatan. Ehemm, BTW siapa #TeamBebi ya? Sebab Lunaria memang 100% sokong #TeamBebi! Hehe!

KUCAIMARS

Kalau korang rajin layan Twitter, mesti kenal dengan Kucaimars yang rajin cover lagu Sheila On7 ni. Paling cute is nama fan clubΒ Kucaimars, KUCAIYANG. Amboi ingat comel la tu? Now, Kucai dah ada single baru dan dengarnya dia bakal perform dekat #BigJam2019 nanti, boleh la jumpa dia juga Sabtu ni..

Rasanya ramai je lagi penyanyi yang mula meningkat naik melalui social media kan. Apa pun, terus support diorang sebab tanpa kita, macam mana diorang nak naik kan. So, apa kata korang datang ke MAEPS, Serdang pada hari Sabtu ni sebab kita ada konsert #BigJam2019! Korang boleh jumpa Kucaimars, Wany Hasrita, Ayda Jebat, Masdo, Hujan dan ramai lagi la. Ehemm, LUNARIA pun ada tau nanti. Jom la ramai-ramai serbu MAEPS!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Buat Jus Untuk Rambut Minum!

Selepas Ddu-Du Ddu-Du, #KillThisLove Dijangka Akan Menjadi Fenomena Baharu!