in ,

Course Di Kolej/Universiti Yang Kurang Mainstream Di Kalangan Pelajar

Sumber gambar: intl.upm.edu.my

Ha! Untuk korang yang ambil SPM 2019 tahun lepas, korang tahu tak tarikh nak mohon universiti dan kolej sudah dekat dan sementara menunggu keputusan SPM keluar itu, korang mesti ada survey beberapa course yang korang suka, betul tak? Selain dari course yang biasa dan mainstream seperti perubatan, perakaunan, undang-undang, kejuruteraan dan lain-lain, apa kata kalau kali ini korang cuba tengok antara course yang kurang mainstream dalam kalangan pelajar, mana tahu ia kena dengan minat korang?

ZOOLOGI 

Sumber gambar: thoughtco

Adakah korang seseorang yang memang sangat suka dan sayangkan haiwan? Tidak kisah lah ia haiwan jinak ke, liar, mamalia dan lain-lain? Kalau ya, korang boleh cuba untuk mohon course zoologi ini. Mesti jarang-jarang kita dengar kan? Tetapi dengan mengambil course ini, korang boleh belajar banyak dan selain itu korang boleh juga menjadi salah satu pakar zoologi yang melindungi dan memulihara haiwan pada masa hadapan daripada kepupusan, betul tak?

MARINE BIOLOGY

Sumber gambar: justscience

Kalau korang nak tahu, biologi marin ini ia tergolong dalam course sains marin yang mana apa sahaja yang berkaitan laut itu korang akan jadi pengkajinya. Walaupun negara kita dikelilingi laut tapi memang tak ramai yang menghargainya dan course ini juga sebenarnya tergolong dalam sektor Research and Development (R&D) yang mana sudah banyak negara maju mengembangkannya tetapi masih dipandang enteng di negara kita. Ambil course ini pun adalah sesuatu yang menyeronokkan sebab korang boleh belajar banyak tentang laut, hidupan laut dan lain-lain. Kalau dah belajar tentang laut, sudah pasti setiap semester korang kena turun laut kan? Hehe.

SOCIAL WORK

Sumber gambar: bu.edu

Dalam bidang social work atau kerja sosial ini pula, ia adalah salah satu cabang dari bidang psikologi. Korang punya level adalah lebih kurang pakar psikologi tetapi dipanggil pekerja sosial yang mana korang akan lebih membantu masyarakat untuk kebajikan lainnya. Ia tidak sedalam course psikologi tetapi korang akan didedahkan dengan pelbagai aspek pelajaran dalam sains sosial dan kemanusiaan.

AQUACULTURE

Sumber gambar: fish farming expert

Ia adalah salah satu cabang biotek yang mana korang akan belajar untuk menternak, menuai , memproses dan sebagainya yang melibatkan kehidupan laut. Ia tidak sama seperti sains marin tetapi korang akan didedahkan untuk menjaga kualiti air, kawalan penyakit, menghasilkan baka hidupan laut yang bagus dan hasilkan baka baru sebagai bekalan makanan laut yang banyak bagi memenuhi permintaan pasaran. Memang best! 

FORENSIK

Sumber gambar: ucf

Mesti ramai yang ingat kalau ambil sains forensik, kerja korang hanya melibatkan tentang pembedahan dan penyiasatan pada mayat tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu sebab setiap kejadian jenayah, siasatan oleh pakar-pakar forensik amat diperlukan bagi mendapatkan segala bukti kejadian termasuk dari segi undang-undang, fizik, kimia, biologi dan lain-lain. Melalui course ini korang akan belajar teknik dan prosedur yang sebenar dari bagaimana pesalah jenayah dibawa ke muka pengadilan dengan bantuan analisis dan proses sains forensik yang berkaitan.

Jadi, selepas ini kalau korang macam keliru nak ambil course apa. Korang boleh lah cuba tengok dan faham kan antara course yang jarang orang mohon ini. Sebelum nak main bedal dan mohon sahaja, why not korang selidik dahulu apa peluang pekerjaannya pada masa depan dan berapa kos perbelanjaan pengajiaan yang diperlukan, berapa banyak market yang diperlukan dalam industri pekerjaan course yang korang mohon itu nanti dan banyak lagi. Jangan nanti, bila sudah mohon dan tengah semester korang nak tukar course pula. Lebih lagi, zaman korang ini adalah zaman revolusi industri keempat, jadi buatlah pilihan yang bijak sebab takut nanti tiada peluang pekerjaan pula untuk korang pada masa hadapan. 

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

No More Double Chin, Jom Buat Senaman Ni!

Perkara Yang Akan Buat Boys Notice Kita