in ,

Convent Kajang Hasilkan Ramai Pelajar Cemerlang! #GoodJob

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Put your hand up girls kalau korang sekolah dekat Convent Kajang! Macam mana agaknya aktiviti yang LUNARIA buat dekat sekolah korang haritu? Best ke tak? Ke you girls nak team LUNARIA attack sekolah korang lagi sekali? Hehe! BTW thanks pada pihak sekolah Convent Kajang sebab korang sudi layan kerenah team LUNARIA. Jom check out apa agaknya info yang kami dapat hasil attack haritu…

SEKOLAH KLUSTER

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Pada tahun 2014 yang lepas, SMK Convent Kajang dapat anugerah sekolah kluster. Since tu, Convent Kajang dah kekalkan sebagai sekolah terbaik top 5 dekat daerah Hulu Langat. Wowwww, tahniah girls!Β Ainaa dengar kebanyakan student dapat result terbaik SPM dan PT3 sampai ada one of student jadi pelajar terbaik Negeri Selangor. Hebatkan!

AKTIVITI SEKOLAH

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Baru-baru ni Convent Kajang kendalikan pertandingan bola jaring peringkat sekolah daerah dan sekolah mereka jadi tuan rumah. Nampaknya usaha tu akan kekal sebagai salah satu usaha mereka untuk jadi penganjur diperingkat negeri dan kebangsaan. After this, mesti satu sekolah nak usaha lebih lagi untuk kekalkan kecemerlangan sebagai penganjur aktiviti macam tu.

POWER ENGLISH

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Waktu LUNARIA pergi Convent Kajang haritu, ramai juga student dekat sana yang fluent English. Ye la, Convent Kajang terkenal sebagai sekolah yang mementingkan pelajaran Bahasa Inggeris. That’s why semua student dan cikguΒ power English! Bukan tu je, student pun tak perlu lagi nak pergi kelas tuisyen English. Menurut Pengetua sekolah, Puan Khuzaimah, dijamin dalam masa sebulan je semua student Convent Kajang mesti boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.

PERTANDINGAN SCRABBLE

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Kalau sekolah lain ada juara Cheerleading, Marching Band atau apa saja… Pada tahun lepas, salah seorang student Convent Kajang berjaya bergelar johan antarabangsa dan kebangsaan bagi pertandingan scrabble. Bukan tu je, dia juga dapat anugerah scrabbler terbaik. Tahniah awak! Nampaknya lepas ni Convent Kajang akan anjurkan pertandingan scrabble peringkat kebangsaan dekat UKM pada bulan Jun nanti.

Apa pun, banyak information yang kami dapat haritu. Seronok sangat bila dengar cerita kejayaan student Convent Kajang. Maybe lepas ni kita boleh attack sekolah lain pula dan tulis tentang sekolah korang? Jom komen dekat bawah, sekolah mana yang korang nak kami attack pula!

 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ultraman Menari Lagu Hati Kama, Ini Respon Lucu DS Siti Nurhaliza

Kenapa Ada Game Free, Premium Dan Freemium?