in ,

Confirmed! Gandingan Pelakon Hebat Korea Untuk Movie 2020!

Sumber gambar: dramabeans.com

Ada antara korang penggemar setia K-Movie selain K-Drama dan K-Pop? Atau korang memang jenis yang memang peminat mana-mana filem dan sentiasa menantikan filem-filem baru setiap tahun? Setiap tahun akan ada banyak sangat movie yang dihasilkan oleh banyak penerbit dan pengarah berbakat. Pelakon yang dipilih untuk filem pun semuanya bukan calang-calang.. Jadi, jom kita tengok pelakon mana yang confirmed digandingkan bersama dalam movie Korea yang akan datang! Awas! Mungkin ada favourite korang!Β 

THE OUTLAWS 2

Sumber gambar: kpopsquad

Korang kat sini ada tak yang suka tengok cerita tentang detektif yang selesaikan masalah gangsterisme? Dan pernah tengok tak cerita The Outlaws yang sebelum ini? Ya, masih dengan pelakon yang sama, The Outlaws 2 kali ini Ma Dong Seok yang dan Son Seok Koo. Dahlah dua orang pelakon ini memang ada aura dia tersendiri, tak sabar nak tunggu!

PUNISHMENT

Sumber gambar: saveig

Cerita genre aksi tentang seorang anak perempuan dan bapanya yang cuba menjalani kehidupan selepas satu letupan berlaku ini akan dilakonkan oleh pelakon kacak Ji Chang Wook, Jo Woo Jin dan juga Lee Jae In. Mesti akan nampakkan sisi lain dari yang lain betul tak? Sebelum ini Ji Chang Wook pernah berlakon dalam filem Fabricated City dan Death Camp 2: Bloody City.Β 

JOSEE

Sumber gambar: Soompi

Kalau korang nak tahu, filem Josee ini adalah filem remake kepada salah satu filem Jepun yang pernah ditayangkan pada tahun 2004 iaitu Josee, The Tiger And The Fish yang mengisahkan seorang gadis yang kurang upaya yang dijaga oleh neneknya sehinggalah satu hari dia berjumpa seorang pemuda dan bermulalah kisah romantisnya. Ini juga akan dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk dan Han Ji Min.

DREAM

Sumber gambar: hancinema

Ini antara salah satu filem yang rasanya mesti ramai peminat mereka paling tak sabar nak tonton! Akan dilakonkan oleh Lee Ji Eun atau IU bersama dengan hero filem paling disayangi ramai orang iaitu Park Seo Joon. Mengisahkan tentang seorang pemain bola sepak yang terlibat dengan satu kes secara tiba-tiba dan perlu melatih satu pasukan bola yang terdiri dari semua pemain yang tiada pengalaman.

WONDERLAND

Sumber gambar: Soompi

Rasanya, ini juga adalah salah satu filem yang dinantikan oleh ramai orang juga sebab ia akan mengandingkan pelakon hebat seperti Park Bo Gum, Choi Woo Shik, Bae Suzy dan Jung Yung Mi dalam satu filem romantis yang berbeza yang mana bagaimana pasangan dalam cerita ini bersatu semula tanpa berinteraksi dalam dunia realiti.

Woah! Memang tak sabar nak nantikannya! Antara yang paling Zoe tak sabar nak tonton adalah movie The Outlaws 2 dan Dream! Sebab semua itu adalah pelakon favourite Zoe! Ada tak antara dalam semua list ini, movie yang korang tak sabar nak tengok? Kalau ada, cuba komen sikit!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kantin Sekolah Cantik Seperti Hotel 5 Stars

Cara Pelajar Korea Belajar Yang Boleh Korang Cuba