in

Confirm Tahun Depan Tak Ada Pilih Aliran Dah

Sumber gambar: http://moonwawa-wara.blogspot.com/

So confirm la ni next year dah tak ada aliran untuk sastera dan sains? Fuhh tak tahu nak happy ke sedih…

Akhirnya semua dah dapat kata sepakat which is pada tahun 2020 nanti, pelajar yang akan melangkah ke tingkatan 4 tidak akan dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sains atau sastera. Sebaliknya pelajar boleh pilih subjek mengikut minat masing-masing. No more student result gempak masuk kelas sains, result okay okay masuk kelas sastera.

Berita ini dah pun disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mana perbezaan antara dua aliran tu takkan lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Image result for Teo Nie Ching
Sumber gambar: Says

Menurutnya lagi, pelajar masih boleh memilih subjek mengikut kecenderungan dan minat masing-masing, pihak sekolah pula akan mengatur kelas mengikut subjek yang dah dipilih oleh pelajar tu sendiri. Pelajar juga boleh gunakan keputusan PT3 mereka sebagai rujukan untuk pilih subjek kesukaan mereka. Jadi, guru kaunseling ialah orang penting dalam hal ni sebab mereka la yang akan bagi nasihat dan bantu pelajar untuk buat pilihan.

Risau kalau tersalah pilih, nanti dah lama-lama belajar memang tak boleh tukar subjek dah. At the same time, pihak sekolah pun akan sediakan subjek pilihan pelajar berdasarkan beberapa faktor untuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar sendiri. Kira dalam hal ni win-win situation, mudah untuk pelajar dan pihak sekolah sendiri.

Image result for eksperimen bedah katak
Sumber gambar: azumeow

Perubahan yang berlaku ni bukan la paksaan yang mana semua sekolah perlu hentikan aliran sastera dan sains. Tapi pihak kementerian lebih menggalakkan pihak sekolah untuk berbuat demikian. Pelajar masih boleh untuk buat pilihan untuk mengambil sebanyak lima subjek elektif mengikut minat masing-masing.

Bagi pemansuhan aliran sains dan sastera ni, ia tergolong dalam definisi pakej Mata Pelajaran Menengah Atas. Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas ialah berdasarkan gabungan mata pelajaran yang mempunyai nilai tambah kepada pelajar dalam konteks pembelajaran pelajar. At the same time ia juga dirangka berdasarkan keperluan murid untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi lepas tamat persekolahan nanti. For those yang masih kurang faham dengan perubahan ni, korang boleh la rujuk kepada cikgu masing-masing.

via GIPHY

Bagi pendapat kami sendiri, perubahan ni agak mengejutkan walaupun dah diberitahu awal cuma mungkin ada certain pelajar masih lagi tak aware tentang perubahan yang berlaku ni. Mungkin untuk batch yang dah melepasi sekolah, mereka rasa tak adil sebab before this mereka ‘dipaksa’ untuk masuk aliran yang dah ditentukan oleh pihak sekolah berdasarkan keputusan PT3 atau PMR. Tapi tak mustahil perubahan ni pun ada kebaikannya untuk generasi yang akan datang. Since dulu kita ‘dipaksa’ untuk masuk kelas aliran sains atau sastera yang kita sendiri tak berminat, this time mereka boleh buat pilihan. Kita sendiri mesti tahu apa kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

Tak mustahil perubahan ni akan membawa impak positive kepada pelajar tingkatan 4 nanti. That’s why la kenapa cikgu akan bimbing supaya pelajar pilih subjek yang betul supaya mereka tetap boleh teruskan minat dalam pelajaran. Parents pun mainkan peranan yang penting juga sebab of course anak-anak akan tanya pendapat parents mereka. Even kakak dan abang pun boleh juga bagi nasihat supaya adik mereka buat pilihan yang tepat. Cuma pokok pangkalnya ialah pada pelajar tu sendiri, mereka kena ada minat untuk belajar lebih bersungguh-sungguh walaupun tak ada aliran dah lepas ni.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menu Simple Breakfast Sempena Cuti Sekolah

Barang Yang Korang Boleh Shopping Setiap Kali Tarikh Cantik – 12.12, 7.7, 3.3…