in ,

Confident Adalah Kunci Girls Squad Sentiasa Nampak Cantik!

Dalam banyak-banyak bahagian badan #Lunagirls yang mana satu bahagian favourite korang? Ke korang suka dari kepala hingga hujung kaki pada diri sendiri? Haha! Macam Zoe lebih suka bahagian telinga Zoe sebab Zoe suka pakai earring yang nice. Secara peribadi juga ia macam bagi keyakinan pada diri Zoe kalau pakai earring. Okay, sebab sekarang ini ramai sangat yang girls yang suka insecure dengan diri sendiri, Zoe tanyalah dengan kawan-kawan Zoe mereka suka diri bahagian mana pada diri mereka dan kenapa keyakinan itu perlu bagi kita sebagai seorang perempuan! Hehe

Sumber gambar:

Anggota badan yang paling saya gemari ialah pipi saya kerana pipi merupakan anggota yang saya sentuh terlebih dahulu selepas bangun dari tidur. Pipi ‘pao’ atau pipi bulat adalah sangat comel dan unik. Kemudian pentingnya ada keyakinan adalah untuk diri kita sendiri sebab kalau kita tak yakin dengan diri, siapa lagi nak bantu kita. Betul tak? Dan kena ingat juga untuk sentiasa bersyukur dan happy! –LYANNA

Sumber gambar:

Hidung adalah anggota badan yang paling saya suka kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Sebab hidung saya mancung, tajam, comel dan membezakan saya daripada perempuan melayu yang lain. Ada juga yang bertanya adakah saya mempunyai darah campuran India tetapi sama sekali tidak. Haha! Walaupun hidung adalah anggota badan yang paling saya suka tidak semestinya anggota yang lain saya benci. Saya juga masih ada kekurang di bahagian lain tetapi saya masih bangga dengan semua kurnian yang diberi tuhan dan setiap kekurangan itu juga masih ada saya tarikannya yang tersendiri. Amat penting untuk kita bangga dengan diri sendiri sebab setiap orang ada kekurangan dan kelebihan yang berbeza, jadi abaikan haters korang yang sebenarnya jealous dengan keunikan korang okay! –HAMIZAH

Sumber gambar:

Eventhough, I don’t have a pretty face, tapi sangat rasa bersyukur sebab alhamdulillah dilahirkan semuanya sempurna tanpa cacat cela. Kening, mata, bulu mata, hidung, bibir yeah checked. Haha! Banyak benda yang kita perlu lalu dalam hidup untuk masa ke depan dan sure confident itu sangat diperlukan. Yakin diri untuk sekurangnya dapat capai matlamat hidup. Jangan terlalu fikir physical appearance saja, you know you are worth, itu yang utama! –AIN

Sumber gambar:

Bahagian paling saya suka adalah pinggang! Sebab pinggang saya kecil dan membuatkan saya nampak lebih yakin jika pakai baju yang ada cutting! Hehe! Memang nampak nice! Walau apa pun, korang mesti confident dengan diri sendiri sebab siapa lagi nak hypekan diri korang sendiri kalau bukan diri korang sendiri. –MUSFIRAH

Sumber gambar:

Saya suka muka dan tangan saya sebab itu yang buat saya nampak lebih yakin! Dan korang semua perlu tahu yang keyakinan diri itu sangat penting sekarang ini sebab dalam apa jua keadaan orang lebih suka tengok kita punya confident dan kebolehan. Salah atau tidak, letak tepi dahulu. Janji confident itu on point! Slowly but surely, nanti akan tiba masanya kita mesti akan yakin dengan diri kita sendiri. –ILISIEMA

Sumber gambar:

Saya lebih suka mata. Walaupun ada sedikit “hate & love”relationships with my eyes. Saya dilahirkan sepet, jadi mata saya agak senang hilang bila ketawa. Mata juga membawa makna yang banyak terutamanya mata membantu kita berinteraksi sesama manusia dan haiwan tak kira secara verbal atau non-verbal. Sebab tu ade saying yang mengatakan “beauty of the eyes of beholder”. Satu lagi bahagian yang saya suka ialah bulu mata sebab ia bahagian yang amat penting sebab ramai yang akan notis mata kita dulu sambil tegur “you got a nice lashes” dan itu yang akan buat confident saya lebih tinggi. –ILYA

Fuh! Menarik bukan bahagian pada diri girls sebenarnya? Ada di bahagian badan dan ada juga di bahagian muka. Tapi tak kisahlah bahagian mana #Lunagirls suka, korang wajib bersyukur sebab sudah dilahirkan dengan baik dan elok. Lepas ini ingat! Confident saja dengan diri sendiri tanpa perlu fikir apa yang orang nak cakap ya. Buang rasa insecure dalam diri itu jauh-jauh. Jadi bahagian badan atau muka yang mana favorite korang? Komen dan share di bawah okay..

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WhatsApp Bakal Hentikan Operasi Untuk Phone ‘Terpilih’

Perkataan Jargons Yang Masih Legit, KAW KAW Punya!