in ,

Comelnya, Chen EXO Dapat Baby Perempuan!

Sumber gambar: twitter.com/hotvscutexo

Uwek…uwek…anak siapa pula yang nangis itu kan? Eh! anak Chen EXO lah! Dah lahir dah rupanya!

Memang kecoh habis, bila awal tahun ini Chen atau Kim Jong Dae iaitu vokalis EXO umumkan yang dia nak kahwin dengan tunangnya. Bukan setakat itu sahaja, siap pakej yang membuatkan ramai EXO-L terkejut dan dalam masa yang sama gembira, Chen umumkan yang isterinya hamil dan sekarang ini dah lahir dah pun anak Chen EXO pada 29 April lalu. Woah! Mesti semua gembira sangat dengan khabar tersebut kan!

Sumber gambar: koreaboo

Untuk pengetahuan korang juga, isteri Chen telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital di Seoul rabu lalu dan menurut media Korea, pihak pengurusan Chen EXO iaitu SM Entertainment pun telah mengesahkan khabar gembira ini untuk dikongsi bersama peminat Chen! Woah korang pun mesti happy dan tak sabar nak tengok macam mana Chen besarkan anak dia kan! Lagi pun, ibarat mimpi jadi kenyataan. Chen sebelum ini pun memang mengimpikan untuk ada anak perempuan sebagai anak pertama dia. Suka lah tu Chen kan! Haha! Baby girl Chen juga dilaporkan lahir dalam keadaan sihat walafiat dan masih berada di Hospital. 

Bagi korang yang tak tahu apa-apa, tiba-tiba terkejut dengan khabar ini. Meh sini kami cerita semula yang beberapa bulan lalu, Chen ada tulis surat untuk semua peminatnya yang menyatakan bahawa dia akan berkahwin dengan tunangnya dan majlis perkahwinan juga telah diadakan secara tertutup. Walaupun agak mengejutkan ramai pihak, iya lah sebab agak janggal dan jarang kita dengar K-Pop idol kahwin muda kan? Tetapi walau bagaimanapun, ramai EXO-L yang gembira dengan khabar yang diberitahu oleh Chen sebab asal kan idola mereka bahagia, kenapa pula ramai nak sedih kan? Hehe!

via GIPHY

Walaupun sebelum ini ada juga peminat yang siap nak boycott Chen EXO ini siap suruh keluar. Lebih ramai peminat yang defend Chen semula sebab sebagai peminat, semua orang wajib menghormati keputusan kehidupan peribadi yang akan diambil oleh idola masing-masing. Lagi pun, rasanya sekarang ini semuanya keadaan telah reda dan mesti ramai saja peminat Chen yang tumpang gembira bila dapat tahu Chen dah jadi bapa!

Turut mencuit hati bila ada EXO-L yang siap beri pendapat, yang anak Chen ini sangat untung sebab semua pak cik dia EXO, NCT, Super Junior dan mak cik dia adalah Red Velvet, SNSD dan ramai lagi! Macam-macam perangai kan korang ini! Tapi bila fikir semula… memang untung sangat! Semoga awak membesar dengan baik ya adik! Apa-apa pun, tahniah untuk Chen!

Sumber gambar: allkpop

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

List Selebriti Jual Tudung! Jom Beli Untuk Raya Nanti

Antara Kelebihan Dari 4 Kekurangan Bakal Buat Orang Insecure