in ,

Comeback WayV Semakin Hangat Dan Seksi?

Sumber gambar: www.pinterest.com/arsunshineface

Baru-baru ini, kumpulan WayV iaitu sub-unit dari K-Pop group NCT telah melancarkan full album yang pertama sejak mereka debut pada 9 Jun lalu yang bertajuk Awake. The World. Untuk pengetahuan korang, sebelum ini mereka memang dah keluar kan banyak single yang lebih chill and prince charming, walaupun mereka ini baru sahaja debut pada tahun 2019.

Sumber gambar: all kpop

Bercakap tentang WayV, bagi korang yang tak kenal lagi. Mereka adalah Chinese boy group dan juga sub-unit keempat dari K-Pop group NCT yang berpangkalan di China. Mereka mempunyai 7 anggota iaitu Hendery, Kun, Lucas, Ten, Winwin, Xiaojun, dan Yangyang.

Sumber gambar: hello kpop

Kalau korang nak tahu juga untuk album Awaken The World ini juga mereka telah mengeluarkan juga perfomance track title pertama kalinya melalui WayV The Stage. Dalam album ini juga, SM Entertainment siap release lagu baru iaitu Turn Back Time yang dihadirkan dalam dua versi iaitu Rebirth dan Escape.

Sumber gambar: youtube.com/WayV

Dalam versi Rebirth, korang boleh nampak bahawa konsep ini lebih kasual sebab mereka memakai pakaian berwarna yang sangat funky dengan latar angkasa. Bukan setakat itu sahaja, Ten siap belanja para peminat dengan badan dia tau sebab baju dia tu tidak dibutangkan. Wow! kemain ya Ten!

Lain pula dengan versi Escape pula, dalam versi ini mereka semua berpakaian hitam dan dan berketerampilan dengan lebih garang. Bukan setakat itu sahaja, kalau korang perhati kan album ini ada lagu yang membawa makna lebih seksi tau seperti After Midnight dan Bad Alive. Aduh! Semenjak dua menjak ini selepas lagu Love Talk yang dilancarkan akhir tahun lalu. Semakin banyak pula lagu seksi dan imej hot WayV beri pada peminat ya? Haha.

Sumber gambar: all kpop

By the way, dalam album ini juga akan ada 10 buah lagi seperti “Turn Back Time”, “Bad Alive”, “Unbreakable”, “After Midnight”, “Interlude: Awaken the World”, “Only Human”, “Domino”, “Up from There”, “Electric Hearts” dan “Stand by Me”.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BLINK Dah Ready Ke Untuk Comeback BLACKPINK?

4 Sasaeng Paling Terkenal Dalam Dunia K-Pop