in ,

Comeback Lagu K-Pop Bulan Ini Yang Patut Korang Layan!

Sumber gambar: youtube.com/SMTOWN

Setiap bulan, mesti akan ada lagu K-Pop baru yang dikeluarkan. Iyalah, kalau dah ada banyak sangat kumpulan K-Pop di Korea, sudah pastilah setiap bulan akan ada sahaja yang nak buat comeback, betul tak? Jadi, untuk lagu comeback K-Pop bulan ini. Memang ada banyak sangat konsep yang dibawakan dan jom kita tengok lagu apa yang patut korang layan. 

KANG DANIEL FEAT SIMON DOMINIC, JAMIE -WAVES

Akhirnya, selepas lagu 2U yang dilancarkan empat bulan lalu. Kang Daniel lancarkan lagu kolaborasi bersama rapper Simon Dominic dan soloist Jamie! Yeay! Korang dah tonton ke belum lagu baru Waves mereka? Memang konsep mereka nampak sangat cool and chill tapi lagunya memang layan habis. Dengar cerita, suit yang dipakai oleh Kang Daniel dalam muzik video itu seberat 10 kilogram tau! Fuyoh! Beratnya! 

HYO’ FEAT LOOPY, SOYEON (G-IDLE) – DESSERT

Yes! Queen is back! Bagi korang yang tak tahu Hyo’ atau Hyoyeon Girl’s Generation ini dah buat lagu solo! Apa yang best, lagu Dessert ini memang rancak habis dan dia berkolaborasi dengan Loopy dan Soyeon (G-Idle). Walaupun dia sudah masuk 30-an pun, dalam video ini dia masih mampu menari dengan semangat dan tariannya nampak sangat fresh! 

JESSI – NUNU NANA

Queen Jessi pun kali ini pun ada lagu baru iaitu Nunu Nana! Apa yang best dalam muzik video dia ini, dia nampak sangat seksi macam biasa dan siap ada penampilan khas Lee Hyori tau! OMG! Memang lit habis tau video ini bila dua-dua bergabung! Bukan setakat itu sahaja, Jessi punya tarian Nunu Nana ini pun viral tau di TikTok! Jadi, bolehlah korang join sekali! 

ATEEZ – INCEPTION

Antara comeback yang paling ditunggu oleh ramai orang, terutamanya ATINY. Jika tempoh hari sebelum mereka lancarkan muzik video Inception. ATEEZ telah melancarkan dua perfomance video iaitu Thanxx termasuklah Inception tetapi disebabkan undian yang telah dibuat oleh para selebriti di Korea dan juga ATINY. Akhirnya, Inception yang telah dipilih untuk menjadi muzik video rasmi comeback mereka kali ini.

LEE HI – HOLO

Selepas meninggalkan agensi lamanya YG Entertainment, akhirnya Lee Hi menanda tangani kontrak bersama AOMG dan ia menjadi khabar yang paling menggembirakan bukan sahaja untuk Lee Hi, malah peminatnya juga. Kali ini, Lee Hi kembali dengan lagu yang penuh makna iaitu HOLO yang membawa makna ‘alone’ dalam bahasa Korea. 

Jadi, untuk peminat muzik K-Pop, korang dah layan ke belum semua muzik video comeback yang best ini? Kalau belum, apa kata korang layan sekarang. Selain dari comeback mereka ini, cuba komen sikit siapa lagi artis K-Pop yang buat comeback bulan ini? Iyalah, nanti kawan-kawan lain pun boleh layan sekali!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Setahun Berlalu, Dokumentari Kehidupan Sulli Bakal Ditayangkan

TAHNIAH ATEEZ! Raih Album Paling Laris Kalahkan EXO-SC & Red Velvet