in ,

Comeback K-Idol Bulan October, Korang Dah Ready?

Bulan September lepas, banyak K-Idol yang mengambil masa untuk berehat dan isi masa lapang bersama keluarga dan kawan-kawan sebab sebelum ini mereka sangat busy dengan konsert, tour, shooting, produce lagu baru dan lain-lain. Jadi bila dah masuk saja bulan Oktober ini, memang ramai yang akan buat comeback khas untuk peminat-peminat mereka dan #Lunagirls sebagai K-Pop fans dah ready ke? Jom kita tengok siapa yang buat comeback bulan ini…

MONSTA X

Sumber gambar:

Monsta X baru-baru ini baru sahaja drop cover mini album mereka yang dinamakan ‘Follow: Find You’. Ramai sangat Monbebes yang tak sabar bermula dari lagu full english iaitu Love U yang Monsta X membuat promosi di negara Uncle Sam, Amerika Syarikat pada 20 September lepas. Woah! Mesti best lagu-lagu untuk comeback mereka kali ini sebab konsep yang dijangka untuk kali ini pun sangat misteri dan Monbebes tak boleh nak agak. Sabar ya Monbebes semua!

ATEEZ

Konsep yang mereka tunjuk untuk ATINY baru-baru ini adalah konsep prince charming yang sangat aesthetic. Kalau korang tengok gambar yang ATEEZ up di media sosial baru ini untuk album TREASURE EP.FIN : All To Action Teaser, muka semua ahli mereka sangat serupa macam karakter komik Jepun, sangat handsome! Zoe pun ATINY dan tak sabar betul dengan comeback mereka 8 Oktober nanti!

BTS

Ada ura-ura yang mengatakan untuk comeback Oktober kali ini Maps Of The Soul: Shadow akan keluar selepas Maps Of The Soul: Persona keluar April lepas tapi itu tidak dapat dipastikan 100% sebab Big Hit tak beri sebarang maklumat. Hmm, tapi waktu Vlive J-hope beberapa hari lalu, Jungkook ada cakap yang mereka tengah prepare lagu untuk album baru. ARMY yang lain rasa agaknya ya atau tidak BTS ada album baru? Zoe pun tak pasti, kita tunggu sajalah ya, hehe! 

ZICO

Sumber gambar:

Zico sebelum ini memang kita kenal sebagai rapper dari kumpulan Block.B dan kali ini dalam album Thinking, dia akan keluarkan album solo yang pertamanya! Yeay! Tahniah Zico! Album solo Zico kali ini pun katanya dia nak tunjukkan sisi lain dirinya daripada yang kita tahu Zico sebelum ini dan nak beritahu peminatnya melalui karya dia yang sebagai karyawan dia pun dia mempunyai emosi yang berbeza sama seperti orang lain. Fuh! Macam deep pula album kali ini.

Jadi korang yang peminat muzik K-Pop dah ready ke belum dengan semua lambakan lagu baru idola awak bulan ini? Hmm, siapa yang album collector bolehlah mula kumpul duit untuk beli semua album dan stream YouTube untuk music video baru mereka.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Yang Buat Kita Move On ASAP Lepas Putus Cinta

Netizen Cringe Adik Beradik Kembar Keluar ‘Date’