in

Combo Makanan Pelik Korang Mungkin Boleh Cuba

Sumber gambar: FB Jiwakoyak Official

Ainaa! Kau makan apa tu? Peliknya makan mashed potato dengan cili sos! Euuwww..

Apa kombinasi makanan paling pelik korang pernah makan? Cuba share dengan kami.. Bukan kombinasi yang selalu kita jumpa seperti ice cream makan dengan fries, milo dinosaur atau sebagainya. Kali ini kami nak kongsikan beberapa combo makanan rare yang mungkin korang boleh cuba! Lebih kurang ala ala combo yang mana dua jenis makanan yang berlainan dan digabungkan jadi satu hidangan makanan yang rare! Jangan risau, semua halal tapi LUNARIA tak pasti rasanya sedap ke tidak.. Mungkin kita boleh cuba sama-sama selepas ini? LOL!

OREO & SAMBAL BELACAN

Sumber gambar: FB Jiwakoyak Official

Fuh! Macam mana rasa combo Oreo + sambal belacan ini agaknya? Seram betul nak makan.. Manis, pedas dan masam mungkin sedap? Ada yang pernah rasa tak? Untuk korang yang suka makan pedas dan setiap kali makan kena ada sambal belacan mungkin korang boleh cuba combo ini? Patut tak kita kasi #Lunasquad makan combo ini? Komen di bawah!

COKLAT BAR & RAMEN

Sumber gambar: FB Jiwakoyak Offical

Say what!! Siapa yang cipta combo ini? Pening kepala tengok combo coklat dan ramen.. Pedas dan manis? Hmm.. Mungkin dengan makan coklat bar ini akan kurangkan rasa pedas? Apa pun, siapa yang cipta combo ini mesti suka makan coklat dan ramen.. Korang sendiri personally akan makan tak combo rare ini? Nanti share komen di bawah okayy..

MEE SEGERA & BOBA

Sumber gambar: FB Jiwakoyak Offical

Mee segera dan boba adalah kombinasi yang seterusnya! Combo ini ada yang dah cuba ke? Selalunya orang akan makan mee segera dan minum air boba, tapi ini mee segera berlauk boba memang rare!Β Shout out to peminat boba, mungkin combo ini korang boleh cuba! Ala, mungkin tak teruk sangat rasanya.. LOL!

PIZZA & NASI PUTIH

Sumber gambar: Jiwakoyak Official

Kalau makan combo Pizza dan nasi putih ini mesti akan kenyang sangat! Makan satu slice je pun akan kenyang.. Orang yang cipta combo ini mungkin suka makan nasi tapi ada orang belikan dia pizza.. jadi dia gabungkan keduanya terus! LOL! Pada pendapat LUNARIA, ini adalah combo yang paling rare!

MILO & NASI PUTIH

Sumber gambar: FB Jiwakoyak Official

Selalu kita dengar orang makan Milo 3 in 1, aiskrim Milo, Milo dinosaur dan sebagainya.. Tapi kombinasi ini memang lain daripada yang lain! Ia adalah serbuk Milo dan nasi putih! Hmm.. sedap ke agaknya? Tak melekit ke bila serbuk milo itu nanti mula cair? Tak apa, mungkin satu hari nanti LUNARIA akan cabar #Lunasquad kita, Tee, Ainaa, Faya dan Zoe untuk makan menu ini..

Cakap pasal Milo, korang dah tengok ke belum video Milo LUNARIA? Rugi kalau tak tengok lagi.. Lepas ini korang boleh terus tengok video tersebut okay! Untuk kombinasi menu di atas, kalau ada antara korang nak cuba jangan lupa komen dan share pendapat korang okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Lebatkan Semula Rambut Dengan Buah Keras

5 Boybands Legend Zaman Abang Kakak Korang