in ,

Ciri Dan Karakter Seseorang Itu Real Friend Kita

Sumber gambar: pinterest.com/valerybotas

Orang kata kawan biar beribu, musuh jangan dicari walaupun satu. Tapi kalau nak cari kawan yang real itu memang sangat susah sebab kawan ini ada banyak jenis perangai, setiap seorang itu lain-lain perangai dan penerimaannya. Jadi korang kenal ke siapa real friend korang setakat ini? Kalau tak kenal, jom kita tengok ciri dan karakter seseorang yang memang real friend kita. 

TAK CAKAP BELAKANG

via GIPHY

Kawan yang sebenar adalah kawan yang tak pernah cakap belakang korang. Untuk pengetahuan korang, kawan yang sebenar mereka selalunya kalau ada silap korang atau nak cakap sesuatu, biasanya mereka akan cakap pada korang secara terus dan jujur sebab lebih baik jujur daripada cakap belakang, setuju tak? 

TAK BOLEH GADUH LAMA

via GIPHY

Biasanya real friend ini kita kedua pihak memang tak boleh nak gaduh lama-lama. Kalau gaduh lama-lama, automatik kita akan rasa tidak selesa dan tak tenteram. Ini sebab korang sudah ada hubungan yang istimewa dan bila tiba-tiba bergaduh itu memang rasa seperti rindu nak berbaik dengan kawan itu semula.

SELALU ADA BILA KITA PERLUKAN 

via GIPHY

Kawan yang sebenar, biasanya akan selalu ada bila kita perlukan mereka. Mereka sentiasa ada untuk dengar cerita dan masalah kita. Tidak kira sama ada ia sesuatu yang menggembirakan atau pun tidak. Bila kita nak cari jalan penyelesaian pun, biasanya mereka akan selalu ada disisi untuk bantu kita keluar dari masalah tersebut.

TAK BOCOR RAHSIA

via GIPHY

Selain dari itu, segala rahsia korang A sampai Z pun biasanya akan selamat disimpan oleh real friend dan korang tak perlu risau. Bagi seseorang yang rasa korang itu real friend, mereka akan letakkan kepercayaan antara satu sama lain dan korang tak boleh rosakkan kepercayaan mereka terhadap diri korang antara sama lain dengan bocorkan rahsia antara korang kepada orang lain. Kalau orang lain tahu, mesti ada antara korang yang fake.

SUSAH SENANG BERSAMA

via GIPHY

Kawan-kawan yang memang nak kawan dengan kita adalah kawan-kawan yang sudi bersama dengan kita tidak kira susah atau pun senang. Korang pasti akan sokong antara satu sama lain dan akan percaya yang korang dan kawan mampu capai impian bersama. Kawan-kawan yang sebenar, biasanya memang akan kenal diri kita bagaimana dan kenal kemampuan diri kita, jadi sebab itu mereka akan sentiasa bersama korang walaupun susah dan senang.

Jadi kalau korang ada kenalan yang ciri dan karakternya seperti salah satu yang kami sebutkan, memang mereka adalah real friend korang. Jadi, kawan seperti ini korang mesti jaga dia baik-baik sebab memang jarang dan susah kita nak jumpa. Mana tahu, lama-lama korang boleh jadi best friend forever till jannah gitu… hehe! 

What do you think?

17 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boys Suka Girls Pandai Masak Atau Tak?

Betulkah SM Town Tour Akan Ada Di Malaysia Tahun Ini?