in ,

Ciri-Ciri Orang Psikopath, Korang Punyai Ciri Yang Tersenarai Tak?

Sumber gambar: www.tofugu.com

Tidak dinafikan setiap orang punya perangai dan sifat adalah hasil didikan bukan sahaja dari rumah, ibu bapa, sekolah, rakan-rakan dan orang sekeliling. Akan tetapi, ia juga adalah hasil dari didikan diri kita sendiri yang mengajar hati dan pemikiran sama ada nak memilih jadi orang yang lebih baik, atau sebaliknya. Setiap manusia juga, ada tekanan dan masalah tersendiri yang berbeza dan itu juga antara hal yang memainkan peranan utama sama ada mental kita sihat atau tidak. Bercakap tentang kesihatan mental, korang tahu tak antara ciri-ciri orang yang psikopat? Kalau nak tahu apakah antara ciri orang yang ada pemikiran psikopat jom baca apa yang kami nak kongsi ini.

TAK ADA PERASAN BERSALAH

Sumber gambar: taste of cinema

Antara salah satu ciri orang yang psikopat adalah dia sentiasa merasakan diri dia sentiasa betul dalam pelbagai hal. Apa yang lebih bahaya adalah setelah dia melakukan kesalahan, orang psikopat biasanya jarang untuk meminta maaf terlebih dahulu. Awalnya mungkin kerana ego, tetapi bila dia sudah terbiasa, dia tidak akan ada satu pun perasaan jika dia dah buat silap.

TAK PEDULI DENGAN ORANG SEKELILING

Sumber gambar: buzz viddsee

Selain itu, mereka juga adalah orang yang tidak akan pernah peduli dengan keadaan dan juga orang sekeliling mereka. Mereka adalah orang yang sangat kuat semangat dan memang tidak akan kisah langsung tentang apa yang orang nak bercakap tentang diri mereka yang kurang baik. 

RASA DIRI HEBAT

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya, mereka juga adalah manusia yang selalu merasakan diri mereka sangat hebat dalam melakukan banyak hal yang kurang baik. Dan bukan setakat itu sahaja, mereka akan merasakan keseronokan tanpa rasa bersalah jika mereka telah melakukan sesuatu perkara yang jahat dan tidak masuk akal.

KURANG EMPATI

Sumber gambar: elite readers

Salah satu karakter orang yang psikopat juga adalah mereka tiada rasa empati terhadap diri orang lain atau hal lain yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, ada manusia yang rasa kesian pada ayam jika kita sedang sembelih ayam tetapi bagi orang yang psikopat, mereka akan cakap “bestnya kalau dapat potong kepala manusia senang macam kepala ayam ini!”. Ha! Ngeri kan! 

BERSIFAT LEBIH AGRESIF

Sumber gambar: groovy history

Mereka juga adalah manusia yang sangat agresif dalam memikirkan sesuatu hal. Jika tidak dapat apa yang mereka mahukan boleh jadi mereka berdendam, berfikir panjang, malah boleh lebih daripada itu yang akan membuatkan mereka berfikiran kepada hal yang tidak baik.

Jadi walaupun ada beberapa ciri psikopat yang mungkin korang rasa “eh ini macam saya sahaja?”, itu bukan bermakna korang boleh anggap diri korang itu ada salah satu ciri psikopat. Setiap manusia punya pemikiran, perangai, tindakan diambil itu kan memerlukan batasan dan tidak boleh berlebihan. Jadi apa pendapat korang? Korang kenal ke atau pernah jumpa manusia seperti ini? Kalau ada cuba kongsi cerita dengan kami di bawah!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jinwhan & Junhoe iKON Accident, Peminat Salahkan YG Entertainment

Maksud Disebalik Lagu-Lagu TikTok Yang Pernah Viral