in ,

Ciri-Ciri Orang IQ Tinggi, Korang Ada Cirinya Tak?

Sumber gambar: www.britannica.com

Dalam dunia ini, memang semua orang dilahirkan bijak pandai. Kalau kita semua berusaha lebih, memang akan jadi extra pandai lah kita. Tidak dinafikan, kita sebagai manusia ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing lebih lagi dalam perbezaan intelligence quotient atau korang lebih senang sebut IQ. IQ ini ada orang standard sahaja dan ada juga yang tinggi. Jadi nak tahu atau tidak korang ini dalam kategori mana satu? Jom kita tengok apa ciri dan karakter orang yang ada IQ tinggi. Mana tahu korang adalah salah satu daripadanya?

CEPAT BOSAN

via GIPHY

Kalau korang nak tahu orang yang bijak dan mempunyai IQ yang tinggi ini biasanya mereka cepat bosan dengan sesuatu benda. Lebih lagi jika benda itu terlalu mudah dan senang. Mereka juga adalah orang yang sangat suka kan dengan benda yang lebih rumit dan susah supaya mereka boleh spend masa dengan lebih lama untuk selesaikan masalah.

MANUSIA PELIK/ANEH

via GIPHY

Disebabkan mereka terlalu sibuk menghabiskan masa dengan fikiran dan dunia mereka sendiri. Mereka adalah orang yang jarang fikirkan apa yang orang nak cakap tentang diri mereka. Kadang-kadang, idea mereka lebih luar biasa daripada kawan korang yang lain dan ada juga yang akan ‘krik krik’ dengan mereka sebab yang IQ tinggi ini akan dipandang pelik oleh orang. Haha! Okay lah itu unik apa! 

I WANT IT, I GOT IT

via GIPHY

Ya! Macam Ariana Grande cakap I want it, I got it! Mereka ini susah sangat untuk dipengaruh oleh orang lain dan biasanya kalau mereka dah ada benda yang mereka nak capai. Orang yang IQ tinggi ini biasanya akan cuba dapatkan juga sampai jadi sampai ada yang tidak peduli dengan risiko atau apa kesan yang mereka akan hadap.

SUKA BERCAKAP SENDIRI

via GIPHY

Untuk yang ada IQ tinggi juga adalah mereka adalah orang yang sangat suka bercakap dengan diri sendiri. Bukan nak cakap mereka ‘gila’ tetapi lebih kepada konsep muhasabah dan reflek diri sendiri. Sambil berfikiran secara logik, mereka akan bercakap dengan diri sendiri dengan membuat ruang perbincangan sendiri dalam kepala mereka.

KURANG POPULAR

via GIPHY

Walaupun tidak semua, tetapi majoriti orang yang IQ tinggi ini lebih cenderung untuk tidak bergaul dengan ramai orang dan sebab itu juga mereka kurang popular di sekolah. Kalau ada pun tidak ramai. Hanya segelintir sahaja itu pun yang memang menjadi dambaan orang ramai di sekolah.

Adakah korang ada ciri atau karakter seperti yang dikongsi? Kalau ya, korang mungkin adalah salah seorang yang punya IQ tinggi. Jadi, kalau korang bukan dari kategori ini pun tidak mengapa sebab setiap orang ada keunikan diri mereka masing-masing. Just be yourself and be proud of it okay! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mulanya Suka-Suka, Lagu ‘Cute’ Harith Zazman Dah Ada MV!

Cabaran 7 Hari Aktiviti Hilangkan Bosan Untuk Pelajar Sekolah!