in ,

Ciri-ciri Lelaki Acah Superhero Dan Overprotective

Sumber gambar: dramabeans.com

Lelaki memang dijadikan sebagai seorang pelindung dan pemimpin untuk kaum perempuan. Jadi, kalau soal kepimpinan dan melindungi seseorang, korang bagi sahaja pada mereka sebab mereka sangat rasional dalam dua hal ini. Walau bagaimanapun, mesti ada di antara mereka yang merasakan diri mereka perlu jadi seperti superhero dan overprotective kepada perempuan. Kadang-kala, perangai yang seperti mereka ini juga akan membuatkan ramai orang rimas sebab mereka akan acah superhero dan overprotective ini bukan pada perempuan sahaja, boleh jadi pada kawan lelaki mereka juga tau! Hehe! Macam-macam perangai ya! Okay jom kita tengok macam mana ciri-ciri lelaki terlebih acah superhero dan overprotective ini.

BANYAK TANYA

Sumber gambar: awwmemes

Biasanya lelaki yang overprotective ini mereka memang banyak tanya. Kalau boleh setiap aktiviti korang yang korang buat setiap jam itu mereka akan tanya dan akan pastikan setiap informasi tentang korang mereka tidak akan terlepas. Katanya, sebab takut apa- apa terjadi pada diri korang. Ya, memang best kalau ada orang nak ambil tahu dan ambil berat tentang diri kita tapi kalau banyak sangat soalan sampai buat orang lain rimas pun tak boleh juga kan?

KEPOH

Sumber gambar: lobak merah

Maksud kepoh disini adalah mereka yang nak tahu tentang dengan siapa korang keluar, pukul berapa, buat apa, bila balik, betul ke korang dengan orang yang korang keluar itu kawan sahaja ke atau lebih. Selain dari itu, kalau boleh dengan setiap ahli keluarga korang pun dia nak tahu kerja apa, buat apa, umur berapa dan banyak lagi. Ish! Kalau betul ada yang macam ini, memang dah tak boleh bawa bincang tau! Boleh jadi mereka ini adalah seorang yang creepy? Betul tak?

AGRESIFย 

Sumber gambar: dailymail

Selain itu, mereka juga kebanyakannya memang seorang yang agresif. Sebab bila mereka tak dapat tahu apa yang mereka nak, boleh jadi lelaki macam ini akan desak dan marah kita sebab kita tak nak kongsi segala hal yang mereka nak tahu.

CEMBURU

Sumber gambar: drama beans

Ya, lelaki yang overprotective ini memang seorang yang kuat cemburu. Cemburu mereka boleh buatkan orang sekeliling mereka rimas. Ada yang sampai bergaduh tau! Kadang-kadang tahap jealous mereka ini tak masuk dek akal, malah tentang perkara yang remeh pun mereka nak ambil hati dan terasa dengan kita.

SENSITIF

Sumber gambar: pin interest

Semua orang memang kita faham, ada tahap sensitif masing-masing tetapi kebanyakan lelaki yang terlebih acah superhero dan overprotective ini selalunya lebih sensitif dan beremosi dalam banyak hal. Contohnya, kalau korang terlupa nak ajak dia keluar makan mereka akan sedih dan overreacting terasa. Haha! Kadang-kadang nampak comel, kadang-kadang buat orang menyampah pun ada.

Jadi untuk lelaki, kalau korang ada ciri-ciri lelaki yang terlebih acah superhero dan overprotective ini sebaiknya kurangkan sedikit perangai overprotective korang itu sebab nanti boleh jadi ia akan makan diri korang. Kalau nak ambil berat terhadap seseorang yang korang sayang itu boleh saja tetapi berpada-pada. Cukup korang memahami ruang personal masing-masing dan hormat dengan hak mereka sama ada nak bagitahu korang atau tidak ya. Hehe!ย 

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Korang Kena Buat Before Habis Tahun 2019

Bahaya Pakai Baju Baru Beli Tanpa Basuh