in ,

Ciri-Ciri Kawan Yang Kita Perlu ‘Buang’

Sumber gambar: Pinterest.com

Toxic friend, buang! Kawan yang suka cari bila kita tengah senang, buang! Kawan yang selalu hilang bila kita memerlukan, buang! Buang semua, tak payah kawan dengan orang macam itu dah lepas ini.

via GIPHY

Semua orang ada kawan, tak kisahlah kawan biasa atau kawan baik sekali pun. Korang pernah tak lalui friendship yang lama tapi bila makin lama, makin sia-sia friendship korang.. End up putus kawan! Ehh tapi putus kawan lagi sakit daripada putus cinta tau! Just imagine kita dah berkawan baik dengan seseorang, tiba-tiba dah putus kawan akan sedih teringat kenangan bersama. Tapi hidup perlu diteruskan. Mungkin ada hikmah kenapa korang dah tak berkawan. LUNARIA nak share sikit dengan korang semua tentang tanda kita dah tak boleh berkawan dengan seseorang. Ada sebab kenapa semua itu terjadi.. Jangan salahkan diri sendiri okay!

SEMUA BENDA BOLEH BUAT GADUH

via GIPHY

Salah sikit pun boleh buat gaduh, padahal dulu bukan main rapat macam kena gam. Sekarang ini, semua benda take it as serious. Terguna barang tanpa minta izin pun jadi topik pergaduhan sampai tak bertegur seharian dekat sekolah. Itu tak termasuk lagi dengan perkara lain yang boleh membuatkan korang hilang mood. Cuba sekeras macam mana pun untuk pulihkan semula friendship, keputusannya tetap sama which is masih bergaduh! Walhal benda kecil je tak perlu diperbesarkan, tapi kalau dah nama pun bergaduh semua benda boleh jadi serious? Korang rasa patut ke nak teruskan friendship yang macam itu? Risau satu hari nanti tak like gambar dekat Instagram pun boleh bergaduh juga.

TAK NAK KALAH DENGAN KITA

via GIPHY

Kita baru beli botol air baru, tiba-tiba kawan kita itu pun asyik tanya dekat mana korang beli botol sebab katanya nak sama dengan korang. Okay sekali tak kisah kot, tapi kalau banyak kali macam mana? Kita mungkin akan rasa annoyed dengan situasi tersebut, semua benda nak sama dengan kita sehingga rasa tak selesa. Kalau korang tak nak bagitahu dekat mana korang dapatkan something, dia pun mula buat perangai merajuk dengan korang. Kawan macam itu kita perlu simpan lagi ke? Mungkin korang sendiri boleh bagitahu yang korang tak selesa, tapi kalau dia masih tak endahkan nampaknya dah tiba masanya untuk korang undurkan diri daripada friendship tersebut.

FIKIRKAN DIRI SENDIRI

Image result for selfish friend aesthetic
Sumber gambar: Weheartit

Sometimes kita memang kena fikirkan diri sendiri dulu sebelum orang lain. Tapi tak bermaksud setiap tindakan yang kita buat kena ketepikan orang lain termasuk kawan sendiri. Apa perasaan korang kalau kawan korang sendiri berkelakuan seperti itu? Pentingkan diri sendiri, apa-apa pun dia akan utamakan diri dia seorang je tanpa hiraukan kawan-kawan yang lain. Sebagai kawan, korang akan terasa hati dengan dia. Sekali sekala boleh rasa sabar dan tabah, tapi let say kalau selalu sangat terasa hati sebabkan perangai selfish dia itu, macam mana korang nak teruskan friendship? Baik korang cari kawan baru, tapi kena make sure jangan yang jenis selfish lagi. Kalau tak, kesian korang asyik dapat kawan makan kawan.

LEBIHKAN BOYFRIEND DARIPADA KAWAN

Image result for couple aesthetic
Sumber gambar: Favim

Sebelum kita kenal boyfriend kita, kita kenal kawan-kawan terdekat kita. Tapi kalau kawan lebih utamakan boyfriend dia berbanding kita macam mana? Bila sedih baru cari kita, happy dia tinggalkan kita seorang diri. Kalau sekali terjadi boleh consider lagi, tapi kalau dah selalu sangat macam mana nak handle? Dah tegur tapi benda masih sama lagi, sampaikan dia sisihkan kita disebabkan boyfriend. Asyik berkepit dengan boyfriend dia sampai tak hiraukan friendship korang, at the end of the day dia pun makin menjauhkan diri daripada korang. Sudah tiba masanya untuk korang end your friendship sebelum korang rasa lagi sakit hati dengan apa yang terjadi. Don’t be sad okay!

Sekarang dah tahun 2020, sudah tiba masanya untuk korang tapis kawan-kawan yang possibility membawa toxic dalam friendship korang. Cari kawan baru yang lain supaya korang boleh lupakan segala toxic! Tapi kadang-kadang korang kena juga tengok, adakah perkara tu terjadi disebabkan kawan korang atau diri korang sendiri? buang kawan bukanlah bermaksud tak berkawan langsung dan bergaduh.. apa yang cuba disampaikan ialah, jika kawan tersebut bawa perkara yang negatif dalam diri, korang minta maaf dan cuba cari kawan lain.. Orang kata berkawan berseribu!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Terbaik Sesuai Untuk Dengar Semasa Belajar

After School Rutin Yang Korang Perlu Buat!