in ,

Cikgu Cantik Dapat 15 Surat Cinta!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/zulayqhakifle

ALAMAK! Macam mana la agaknya bila jadi cikgu dekat sekolah dan dapat surat cinta daripada anak murid? Mesti cute kan? Haa, situasi ini terjadi dekat seorang cikgu cantik yang bernama Zulaikha. Last week, cikgu Zulaikha ada share satu tweet yang dia ada terima banyak surat cinta daripada anak murid sendiri. Lagi kelakar bila student dia ialah dalam kalangan adik-adik dekat sekolah rendah. So cute!

Kalau ikutkan tweet yang cikgu cantik ini share, dia dah terima sebanyak 15 surat cintaย students daripada kedua-dua sekolah yang pernah diajarnya. Wow, banyaknya sampai 15! Cikgu kesayangan ramai nampaknya!

Ramai netizen terhibur dengan kandungan surat yang dia terima. Ada juga siap bagi ayat pantun pickup line. Amboi, mesti ada yang minta abang dia ajarkan? Haha! Maka ramai juga yang pernah jadi cikgu praktikal atau cikgu sementara sebelum ini pun share experience sendiri.

Bagi cikgu cantik yang berusia 20 tahun, dia langsung tak ambil serius setiap ayat yang ditulis oleh pelajarnya, asalkan tak melebihi batas dan mereka pun hormat dekat dia. Kalau setakat bagi surat dan ayat pickup line, takkan nak marah pulakan? Mesti korang pun rasa terhibur kalau lalui benda yang sama macam ini.

Kira power juga adik-adik sekolah rendah kita, kecil-kecil dah pandai bagi surat cinta siap pickup line. Kita sendiri nak tegur crush pun tak berani, adik-adik kita lagiย advance. Buat malu je guys, kita pun suka crush dalam diam je. Maybe lepas ini dah boleh jadikan adik-adik sekolah rendah sebagai inspirasi, hehe!

Kadang-kadang benda macam ini jadi kenangan manis dekat cikgu itu sendiri. Dengan nak melayan kerenah lagi, kot kalau tak balas balik surat, ada yang merajuk tak? Haa, #Lunagirls bila last terima surat cinta? Ainaa dah lama tak dapat.. ada yang sudi bagi tak? #jkjk

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Pop Fan Fiction Bagi Harapan Palsu?

BLACKPINK X Ariana Grande Bakal Berlaku? Oh Yeah Oh Yeah!