in ,

Checklist: Persediaan Dan Barang Wajib Bawa Ke Konsert!

Sumber gambar: billboard.com

Setiap tahun dan setiap bulan, pasti akan ada artis lebih lagi penyanyi yang akan buat comeback, betul tak? Dan bila ada comeback, mesti akan ada concert tour yang mana memang ramai peminat selalu nantikan sebab nak tengok persembahan in real life favourite mereka sebab waktu itu sajalah peluang nak jumpa mereka depan mata, setuju tak? Jadi bila penyanyi atau idola kegemaran korang dah umum nak buat konsert mesti korang dah sediakan duit yang cukup untuk beli tiket, betul tak? Tapi selain daripada sediakan duit sahaja bila sudah ada tiket, kami ada tips lain tentang persediaan dan barang wajib apa yang perlu korang bawa semasa konsert nanti.

KIPAS

Sumber gambar: Pin Interest

Antara yang pertama korang wajib bawa adalah kipas. Iyalah, kan yang datang ke konsert itu beribu orang. Jadi, bila bersempit dan beramai-ramai itu mesti akan bahang dan panas yang akan buat korang berpeluh.Β  Jadi, korang wajib beli kipas supaya korang tak terlalu berpeluh.

POWER BANK

Sumber gambar: lelong

Power bank pun antara salah satu barang yang wajib ada dalam mini bag korang sewaktu konsert sebab bila korang terlalu asyik rekod video dan ambil gambar semasa konsert itu, bateri telefon korang boleh berkurang. Jadi nak elakkan daripada korang tak dapat telefon parents minta tolong ambil korang lepas habis konsert atau tak dapat nak book Grab dan lain-lain. Sebaiknya korang bawa power bank okay!

BAJU HUJAN

Sumber gambar: vincentloy

Kebanyakkan dan kebiasaannya konsert diadakan di kawasan outdoor. Jadi, korang perlu bawa baju hujan untuk elakkan korang dari basah kuyup. Kalau bawa payung, nanti menghalang pandangan orang lain semasa konsert. Jadi, beli sahaja baju hujan yang tebal dan boleh dilipat itu supaya korang boleh bawa semasa konsert.Β 

LIGHTSTICK

Sumber gambar: Twitter

Untuk fandom yang ada lightstick, korang boleh bawa lightstick korang bagi memeriahkan lagi konsert dan sekarang ini kebanyakan lightstick boleh connect dengan mode konsert secara langsung itu. Bagi fandom yang tiada lightstick, korang boleh beli glow in the dark punya stick yang korang boleh lilit di tangan, leher dan lain-lain supaya konsert itu nampak lebih meriah!Β 

MINYAK ANGIN

Sumber gambar: obatan

Ini pun merupakan barang paling penting korang kena bawa sewaktu konsert iaitu minyak angin. Disebabkan suasana di konsert itu boleh menyebabkan tekanan dan ada yang boleh sakit perut, ada yang boleh pengsan, badan masuk angin dan lain-lain. Sebaiknya, korang bawa sahaja minyak angin. Jadi bila korang rasa tiba-tiba tak sedap badan korang boleh sapu minyak angin pada badan. Iyalah sewaktu tengah berseronok kadang-kadang kita tak perasan pun badan kita lemah atau tidak. Jadi bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Hehe!

Semua barang ini memang kecil dan mudah dibawa dimana sahaja kan? Jadi, korang bawa sahaja semua barang ini dalam mini beg korang sebagai persediaan hal emergency juga. Sekurangnya, korang akan rasa selamat sikit sepanjaang konsert itu jika ada apa-apa hal yang berlaku.

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lewis Capaldi Spill The Tea Di Kuala Lumpur?

Perubahan Yang Kita Boleh Lakukan Dalam Hidup