in ,

Checklist Bulan Ramadhan

Sumber gambar: https://blog.aritraroy.in/the-ultimate-pre-release-checklist-for-android-app-success-on-play-store-cb0eb9f59ce9

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba… Tiba-tiba Ramadhan, tiba-tiba Ramadhan. Eh? Boleh pula tiba-tiba ya?

Fuhh tak sangka dah nak masuk bulan Ramadhan yang mana semua umat Islam berebut-rebut nak buat kebaikan. Lepas tu dah raya pula. YAY! Ehh, jangan raya dulu, kan baru nak puasa ni. Tapi before korang semangat nak berpuasa tu, dah buat ke belum checklist persiapan nak sambut bulan Ramadhan? Alang-alang dah baca article Ainaa ni, jom la kita buat checklist sama-sama.

SEMAK RUKUN PUASA

Sumber gambar https://www.hipwee.com/tips/10-produk-yang-bikin-mandi-shower-mu-naik-level-makin-bersih-dan-kulit-lebih-sip/

Memandangkan puasa ni hanya setahun sekali, mesti ada yang kadang-kadang lupa hukum hakam berpuasa ni kan? Apa perkara yang membatalkan puasa, benda makruh apa yang kita kena elakan buat waktu puasa macam mandi lama, berus gigi or anything yang berkaitan dengan bulan Ramadhan. Malam ni terus revise balik apa yang kita tahu tentang hukum hakam puasa dan let say if you girls masih tak ingat, boleh tanya dekat parents or DM Ainaa dekat Instagram. Nanti kita boleh revise sama-sama.

JAGA PERCAKAPAN

via GIPHY

11 bulan dah mencarut, caci-maki or bercakap kasar, why not bulan puasa tahun ni kita mula jadi someone new dengan cara menjaga percakapan. Kurangkan mencarut dan bercakap perkara yang sia-sia macam membawang or anything else. Bila berpuasa ni kita kena la jaga tutur kata supaya tak kurangkan pahala puasa yang sedia ada. Jangan lah masa bulan puasa je, kekalkan terus sampai bila-bila. Kalau tak, buat penat je tahan lapar dan dahaga tapi pahala ciput je sebab for the whole day korang mencarut dan mengumpat tentang orang lain.

BERJAGA MALAM ATAU MENGAJI

Sumber gambar: https://www.soyalemon.com/agama/7-kelebihan-solat-dhuha-yang-menjadi-rebutan-para-surirumah-2/

Bila bulan puasa ni, semua kebaikan yang kita buat akan berganda melimpah-limpah. Kalau boleh ambil la masa sebulan yang ada ni untuk bangun malam dan lakukan solat tahajud. Lagi best kalau dapat mengaji sikit, at least dapat la tambah pahala. Tapi mengaji ni tak semestinya waktu malam je, boleh juga korang buat waktu lepas solat. Lain tau rasanya buat amal ibadat waktu bulan puasa. #DoneDakwah

SIAPKAN DIRI

Sumber gambar: https://www.galena.co.id/q/merk-rokok-elektrik-apa-yang-menggunakan-bahan-yang-aman

Selalunya kita akan puasa lebih kurang selama 12 jam atau lebih. Nak bertahan 12 jam tanpa makan dan minum tu bukannya senang, tapi kalau kita dah buat persiapan awal mesti tak ada hal pun kan. Make sure waktu sahur tu makan makanan yang boleh tambahkan tenaga dan bukannya yang buat korang rasa lapar setiap masa. Elakkan makan makanan ringan sebab nanti baru pukul 11 korang dah rasa lapar. Waktu tu jangan menangis meratapi nasib sebab menyesal tak makan nasi ya?

Fuhh tak sabar pula rasanya nak pergi solat tarawih malam ni lepastu pagi nanti nak sahur dengan satu family. But for those yang dekat sekolah asrama tu, jangan sedih okay sebab tak dapat sahur dengan family, nanti minggu depan balik kampung boleh la sahur dan berbuka sekali. Tak pun boleh plan dengan family untuk berbuka luar, Superdeals ada promotion best untuk korang, bukan biasa-biasa tau buy 4 free 4: butter chicken with rice hanya RM64. Haa korang boleh la check nanti girls. BTW, Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa SPF Penting Bila Beli Sunscreen/Sunblock?

Ingat Tak Pasal Game Legend Candy Crush?