in ,

Checklist Barang Wajib Bawa Before Balik Kampung!

Sumber gambar: https://exploresideways.com/4-essential-items-to-pack-on-trip-to-cape-town/

Sekejap je dah nak raya kan #Lunagirls. Tak sabar rasanya nak balik kampung, berkumpul dengan saudara-mara, yang paling best mesti la dapat duit raya! Tapi dalam ramai-ramai tu, mesti akan berebut-berebut makanan la, toilet, cermin, dan macam-macam lagi.. Masa tu mesti korang akan menyesal sebab tak bawak a few barang ni..

EXTENSION

via GIPHY

Bayangkan kalau dekat rumah nenek korang tu hanya ada sikit je plug yang boleh digunakan, belum masuk lagi pak cik, mak cik, nak guna untuk masak la, tengok tv la, nak pasang lampu raya lagi.. Dekat mana nak cas phone kalau semua plug dah penuh? Battery pulak dah nak habis, tak boleh nak update Instastory, Snapchat.. Haa, benda ni boleh settle kalau korang bawak extension plug sendiri,tak la berebut nak guna. Cucuk dekat mana pun orang tak marah..

EXTRA HANGER

Sumber gambar: https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=24038

Masalah terbesar girls time pagi raya ialah bila lepas gosok tudung, tak tau nak sangkut dekat mana? Yang selalu jadi mangsa pulak mesti atas meja, sofa, kerusi.. Selalunya kawasan tu akan jadi ‘kawasan larangan’  lalu sebab tak nak orang usik tudung tu.. Boleh perang dunia ketiga tau kalau tudung kedut, hihi.. Alang-alang korang bawak hanger untuk sangkut baju raya, bawak lebih sikit untuk tudung, so that tudung korang akan sentiasa ‘selamat’..

PIN TUDUNG EXTRA

Sumber gambar: http://puisikabur.blogspot.com/2010/05/anda-pembisnes-pin-tudung-belilah-pin.html

Selain tudung, korang pun akan ada masalah tak cukup pin. Kadang-kadang style tudung yang nak digayakan tu memerlukan banyak pin untuk stay on point. Pagi raya pula, mesti kecoh mak cik-mak cik atau cousin korang yang nak ‘pau’ pin tudung.. Untuk keselamatan better bawak extra pin..

MAKE UP/CLEANSER

via GIPHY

Barang ni memang wajib bawak bila nak balik kampung. First day raya mesti la kena cantik-cantik. Kalau tertinggal tu, tak raya la korang, hihi.. Kalau dah bawa make up, jangan lupa packing sekali cleanser.. Tak pasal nanti korang tidur dengan muka tak bercuci pulak. Nak lagi best guna je Calendula Stick. Muka akan bersih tanpa perlu gunakan banyak-banyak produk. Yang penting ia halal dan gunakan bahan semula jadi.. Dekat Superdeals hanya Rm 58 sahaja, dapat sekali free gift.. Best nya ! Check out ya girls~

Barang ni maybe nampak tak penting, tapi once korang tak ada, boleh kemurungan tau raya nanti.. Kalau boleh before balik kampung tu, check dulu.. Make sure barang-barang ni dah simpan dekat dalam satu beg, jadi tak la tertinggal. #Lunagirls yang balik kampung tu, hati-hati okay. Semoga selamat sampai ke kampung.. Jangan main mercun.. Tapi kalau bunga api tak apa, hihi…

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Susahnya Nak Control Diri Waktu Puasa!!

Tempat Loot Paling Best Apex Legends!