in ,

Checklist Aktiviti Sepanjang Bulan Puasa Kita Boleh Buat

Sumber gambar: Islamituindah.info

Yeayyy Ramadan tiba! Ramadan tiba! Seronoknya dah bulan puasa! Tak sabar nak dengar pengumuman puasa malam ni! Agak-agak tahun ni warna apa pula baju yang akan dipakai oleh ‘pakcik’ itu ya.

Korang excited tak sambut bulan Ramadan? Kali ini Ramadan akan jadi berlainan daripada tahun yang sebelumnya. Maklumlah sekarang ini kita masih dalam tempoh PKP, semua orang kena duduk rumah. Bazar Ramadan tak ada, solat Tarawih di surat atau masjid pun tak ada. Jadi, memang lain daripada tahun yang sebelum ini. Tapi nak buat macam mana, itu semua demi kebaikan kita semua juga.

Walaupun Ramadan kali ini agak berlainan, tapi kita tetap kena buat checklist untuk hadapi bulan Ramadan yang penuh barakah ini! Dah ready ke semuanya, apa yang kita kena buat disaat menyambut bulan yang mulia ini. Jom check it out!

TIDUR AWAL

Memandangkan kita dah akan bangun sahur, korang pun kenalah tidur awal. Kalau sebelum ini tidur pukul 2 atau 3 pagi,apa kata mula bulan puasa ini pukul 1030 dah masuk bilik untuk bersedia tidur. Risau dah biasa tidur lambat dan bangun lambat jadi liat nak bangun sahur. Kesian banyak kali mak nak kena kejut bangun makan. So malam ini kena tinggalkan segala drama yang biasanya korang tengok sebelum tidur ya.

BACA NIAT PUASA

Sebelum tidur malam ini jangan lupa baca niat puasa ya. Sebelum ini Ainaa ada buat artikel tentang Ramadan juga, korang boleh rujuk juga article itu ya. Korang boleh pilih sama ada nak baca niat puasa setiap kali sebelum tidur atau terus baca untuk sebulan. Kalau Ainaa, Ainaa lebih suka baca niat puasa sebulan terus, maklumlah cepat lupa. Korang boleh juga rujuk twit yang Ainaa kongsikan dekat atas ya.

PERBANYAKKAN AMALAN SUNAT

via GIPHY

Bila bulan puasa ini, segala kebaikan yang kita buat akan diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Sebab itulah kita kena perbanyakkan melakukan amalan sunat. Contohnya solat sunat setiap kali sebelum dan selepas solat Fardhu. Amalkan bacaan Al-Quran setiap kali sebelum atau selepas solat pun salah satu amalan sunat yang boleh kita lakukan. Dengar ceramah secara online, amalkan doa harian, buat perkara yang mendatangkan pahala dan banyak lagi.

JAGA PERCAKAPAN

Puasa Yang Meningkat | SeJarah Emang Tidak BiasA
Sumber gambar: Sejarawan

Tak kisah perempuan atau lelaki, kita kena jaga percakapan. Sebenarnya bukan waktu bulan puasa je kena jaga percakapan, setiap masa seeloknya dijaga percakapan. Risau kalau kita cakap perkara yang tidak baik atau sia-sia, makin berkurangan pula jadinya pahala puasa kita. Bukan itu saja, takut juga kalau boleh jadi batal puasa. Itu lagi takut, penat je puasa seharian sekali batal puasa disebabkan mulut sendiri. Opss!

SOLAT TARAWIKH DI RUMAH

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Memandangkan kita tak boleh solat Tarawikh secara jemaah di surau atau masjid, kita boleh buat di rumah. Solat Tarawikh amalan sunat tetapi kalau dibuat, kita akan dapat pahala. Ajak satu family solat Tarawikh sama-sama, sekurangnya terubat sikit rindu nak jemaah di surau atau masjid macam tahun sebelum ini. Kalau ada adik-beradik lelaki, boleh bergilir-gilir jadi imam di rumah, seronoknya!

Dikesempatan ini, Ainaa dan team LUNARIA nak ucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua pembaca setia LUNARIA! Semoga Ramadan kali ini memberi makna kepada kita semua, walaupun kita berada di rumah, tapi banyak benda yang kita boleh buat betul tak? Teruskan #StayAtHome

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Break All The Rules Dengan CRAVITY Group Baru K-Pop

Pelakon Korea Yang Buat Orang Persoal Ini ‘Oppa’ Ke ‘Ahjussi’?