in ,

Check List Barang Sekolah Yang Korang Perlu Beli

Sumber gambar: vimeo.com

Yeay! Musim sekolah dah nak kembali semula! Mesti ramai di antara korang yang sudah tidak sabar nak pergi sekolah semula sebab boleh jumpa kawan-kawan dan masa korang pun tidaklah terlalu terbuang tak buat apa-apa waktu seperti waktu cuti, betul tak? Nak tanya sikit, ada tak antara korang semua yang dah beli barang sekolah bagi sesi tahun 2020 nanti? Kalau ada yang belum beli lagi, jom kita buat checklist barang sekolah yang perlu korang beli untuk buka sekolah nanti.

BUKU TULIS

Sumber gambar: tumblr

Benda yang perlu korang titik-beratkan dalam checklist adalah buku tulis. Ya, sebab kalau korang tidak beli buku tulis awal-awal, nanti korang dah masuk sekolah mesti akan ada masalah tidak cukup buku tulis. Lepas itu, buku tulis itu nanti korang bolehlah balut dengan pembalut buku awal-awal, nampaklah kemas sedikit buku itu.

KASUT SEKOLAH

Sumber gambar: Pin Interest

Ada yang jenis suka pakai kasut sekolah lama, dan ada juga yang lebih suka beli kasut baru sebab lebih tebal dan selesa. Jadi, korang belilah kasut baru itu cepat sebab nanti saiz habis. Mana tahu, bila kasut itu ada saiz tapi tak kenan dengan hati korang dan bila kasut itu cantik tapi tiada saiz pula, betul tak?

ALAT TULIS

Sumber gambar: Pin Interest

Alat tulis ini pun sama, cukup dua pen, satu pensil, satu pembaris dan highlighter pun sudah okay. Kalau macam set geometri semua itu sebab jarang guna, korang simpan siap-siap terus yang lama punya dalam beg sekolah itu nanti. Lebih jimat dan tak perlu beli yang baru lagi.

PAKAIAN SEKOLAH

Sumber gambar: MB

Mesti banyak baju sekolah korang ada yang warnanya sudah luntur dan nampak kusam kan? Jadi, sebaiknya korang masukkan juga pakaian sekolah dalam list untuk barang sekolah sebab baju mestilah kena nampak kemas. Tak lupa juga, baju sukan, baju kokurikulum dan lain-lain.

PAKAIAN DALAM

Sumber gambar: anak lebah comot

Pakaian dalam seperti singlet dan stokin pun korang wajib beli sebab pakaian dalam itu korang wajib tukar tau. Tak akan nak pakai yang lembik punya di dalam kan? Pastikan juga ia berwarna nude, hitam atau putih ya. Jangan pakai warna-warni punya sebab nanti sia-sia sahaja kena denda. Hehe!ย 

Ha! Jadi tunggu apa lagi korang semua? Bila dah ada check list untuk beli barang sekolah ini. Lebih baik korang beli barang ini dengan awal sebab nanti kalau tunggu year end sale mesti banyak saiz korang habis walaupun harganya memang murah kaw-kaw.

Oh ya, sebelum nak masuk habis cuti sekolah nanti nanti, baik korang pergi manjakan diri korang di spa dan buat sedikit facial untuk muka sebab Superdeals ada promosi yang memang best! Barulah pergi sekolah nanti rasa lebih fresh dan berseri-seri.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Lelaki Suka Kat Kita? Macam Mana Nak Detect?

Kesan Bahaya Tak Tidur Berhari-Hari, No. 4 Paling Seram!