in ,

Cerita Seram YouTuber Bakal Buat Korang Goosebumps!

Sumber gambar: twitter.com/sterkproduction

Kisah seram memang menjadi pilihan ramai orang untuk kita dengar pada bila-bila masa. Tak kisah lah sama ada cerita itu datang dari diri pengalaman kita sendiri atau dari rakan kita dan orang lain yang berkongsi di media sosial. Macam di Youtube, cerita seram atau fakta seram sebenarnya telah banyak di kongsikan oleh ramai Youtuber yang best tau! Nak tahu siapa? Jom kita tengok calon-calonnya… hehe!

STERK PRODUCTION

Mereka adalah antara para jejaka yang sentiasa menjadi idola dan pujaan hati para gadis seperti korang semua kan! Mengaku saja lah! Bukan setakat itu sahaja, setiap video vlog mereka yang memaparkan video kelakar, friendship, rancangan memasak, dan juga podcast mereka memang selalu buatkan orang ternanti-nanti. Bila ada podcast yang dihoskan oleh Adan atau Rashan Samsudin ini memang ada banyak sangat topik yang best untuk dibincangkan termasuklah kisah seram. Bukan setakat berkongsi cerita seram mereka, malah geng Sterk Production ini pun siap ada tetamu jemputan untuk share kisah seram mereka juga tau! 

AZFAR HERI

Memang kadang-kadang masuk air orangnya, Azfar Heri memang tak pernah mengecewakan para subscribers dia dengan rancangan dia Saya Memasak Anda Menonton, Saya Makan Anda Terliur (SMAMSMAT) di Youtube channel dia. Azfar Heri, memang selalu menghiburkan ramai orang dengan gelagat dia memasak dan dia siap kongsi resepi yang mudah untuk orang ikut dan cuba cara hidangnya tau. Azfar Heri  juga ada segmen kisah seramnya yang mana cara dia bercerita itu memang bersahaja tapi mampu buatkan orang rasa seram sejuk dan ketawa dalam masa yang sama sebab mood yang dibawakan Azfar setiap kali bercerita yang wajib pakai mask, kepala tutup dengan tuala dan cahaya lampu yang suram. 

JOHN BEAR

Antara yang terbaik juga dalam berkongsi pengalaman seram, John Bear atau John Bear Si Nakal antara Youtuber yang paling santai dalam penyampaian kisah seramnya. Banyak juga pengetahuan yang korang boleh dapat kalau dengar semua cerita John Bear ini tau! Cakap saja hantu apa, confirm dia boleh beritahu A to Z pada korang. Cuba korang cari sahaja nama dia melalui hashtag di Youtube. Korang bolehlah khatamkan semua kisah seramnya nanti. 

AMINUR

Youtuber Aminur ini selalunya lebih gemar kongsikan vlog aktiviti dia buat di channel nya tapi baru-baru ini ramai juga orang yang beri komen bahawa kisah seram dia memang buatkan orang seram sejuk sebab dia sekali kena memang dahsyat sangat. Adakah Aminur akan sambung lagi kisah seram dia? Korang kena lah keep update ya!

So far, itu antara Youtuber yang terbaik dalam berkongsi kisah seram mereka sebab korang mood penyampaian kisah seram mereka ibarat kita dengar cerita dari kawan sendiri. Mungkin ada lagi Youtuber tanah air yang suka berkongsi kisah seram yang kami belum explore lagi dan korang boleh lah share dengan kami dalam komen nanti! Hehe! Jaga-jaga okay kalau korang tonton seorang diri, risau ada yang teman di sebelah. Huhu…

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sufian Suhaimi Buat ‘Drama’ Atas Stage ICSYV

Baru Buka Acc YouTube, Subscribers Nabila Razali Cecah 100K