in ,

Cerita Di Netflix Yang Tengah Hot Di Malaysia!

Sumber gambar: www.pinterest.com/Sztafynn_Najnn

Manusia ini, kalau bosan… memang kerja mereka adalah tidur, makan, bersenam, memasak, dan tak pun tonton apa pun cerita di online atau televisyen, betul tak? Tak pun, mesti ada yang suka isi masa dengan hobi masing-masing. Bercakap tentang tonton cerita, Netflix adalah satu medium yang mempunyai ramai pengguna termasuklah di negara kita. Jadi, jom kita tengok cerita apa yang tengah hot and trending di Netflix Malaysia! πŸ˜„

LUCIFER

Siri ini sudah pun masuk ke musim kelima dan kalau korang nak tahu, Lucifer mengisahkan tentang malaikat yang membangkang tuhan dan diusir dari syurga dan menjadi raja iblis. Bila Lucifer ini dah bosan jadi penguasa di neraka. Dia ditemani oleh Mazikeen dan ambil keputusan untuk turun ke bumi. Sampailah satu hari Lucifer bertemu dengan detektif Chloe Decker dan menyelesaikan kes-kes pembunuhan.

IT’S OKAY NOT TO BE OKAY

Drama ini mengisahkan tentang Moon Gang-tae, seorang pekerja kesihatan masyarakat di wad psikiatri yang tidak mempunyai masa untuk bercinta, dan Ko Moon-young, seorang pengarang buku kanak-kanak berjaya yang tidak pernah tahu bagaimana perasaan cinta. Setelah bertemu, kedua-duanya perlahan-lahan mula menyembuhkan luka emosi masing-masing. Seiring berjalannya cerita ini, kebenaran di sebalik masa lalu mereka ini yang saling berkait menghantui mereka juga akhirnya terungkai.

DEEPWATER HORIZON

Merupakan daripada kisah benar yang diambil tentang letupan kilang gerudi minyak di Deepwater Horizon yang terletak di antara sempadan Mexico dan Amerika. Filem ini tentang bagaimana seorang ketua juruteknik elektronik Mike Williams dan rakan-rakannya berjuang untuk bertahan hidup kerana kepanasan dan nyalaan menyekat dan meluap-luap. Selain itu, dalam filem ini korang akan nampak bagaimana mereka semua bermatian menggunakan akal mereka untuk menyelesaikan kacau-bilau yang berlaku.

THE BRIDGE CURSE

Merupakan kisah yang di ambil dari jambatan berhantu di Universiti Taichung Tunghai. Kawasan tersebut katanya telah dihantui oleh gadis yang membunuh dirinya sendiri sebab patah hati. Dalam filem ini mereka memberi fokus bagaimana sekumpulan pelajar universiti yang mati akibat lalu dijambatan itu sehingga tular. Jambatan itu mendapat perhatian ramai dan apa yang akan jadi?

THE HOUSE WITH A CLOCK IN IT’S WALL

Lewis yang berusia sepuluh tahun tinggal bersama pakciknya yang aneh di sebuah rumah tua yang mempunyai banyak jam dengan bunyi tik tok yang misteri. Tanpa mengetahui hal sebenar,Β  Lewis baru tahu bahawa pakcik dan jirannya, Puan Zimmerman adalah pengamal sihir yang kuat. Macam mana Lewis lalui hari-harinya dengan pakcik dia itu? Korang cubalah layan okay!Β 

Selain daripada cerita yang kami dah kongsi dengan korang di Netflix ini. Cerita apa lagi yang korang tengah layan? Ke korang lebih suka tonton apa sahaja cerita tanpa perlu ikut trend atau topik yang orang tengah cakap? Hehe! Kalau ada cuba komen di bawah okay! Sebab kami pun nak tahu juga cerita apa yang korang tengah layan waktu bosan.Β 

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fakta Unik Tentang K-Pop Idol Yang Tak Ramai Tahu

Hi Newbies, Ini Jenis Bra Yang Korang Kena Tahu…