in ,

Makan Taugeh Bantu Cegah Kanser!

Sumber Gambar: blog.ketchupp.in

#Lunagirls makan sayur tak? Ramai gadis remaja yang tidak gemar makan sayur dan menganggap sayur tak penting sebab katanya masih muda! Haipp… salah konsep tu girls! Kalau korang nak tahu, sayur ni banyak khasiat dan vitamin yang akan membantu tumbesaran kita tau! Harini LUNARIA nak share khasiat sayur kebanyakkan gadis remaja kurang minat!

TAUGEH

Sumber Gambar: https://banhuatfruit.com

Korang makan taugeh tak? Kalau buat goreng kicap makan tengah hari sedap ni! Hehe! Korang tahu tak taugeh ni boleh membuat korang awet muda tau!  Kadar antioksida nya yang tinggi akan menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA! Dan ia juga boleh mencegah dari penumbuhan sel kanser..

PERIA

Sumber Gambar: http://www.ismailahmad.com/

#Lunagirls pernah makan sayur peria? Rasanya agak pahit tapi pahit tulah yang membawa khasiat! Lebih lagi untuk #Lunagirls yang mempunyai masalah period, korang boleh cuba makan sayur peria sepanjang tempoh korang period tu.. Sebab peria akan melancarkan darah korang tanpa sebarang rasa kesakitan!

SAWI

Sumber Gambar: https://www.bukalapak.com

Siapa suka sawi? Kita geng! Hehe! Tapi ada sesetengah orang kalau ada sayur sawi dalam nasi goreng atau mee mesti asingkan tepi! Kesian sayur sawin tu.. Kalau nak tahu sawi boleh menyihatkan rambut dan kulit kita tau! Sawi mempunyai kandungan vitamin A dan juga vitamin C yang menguatkan struktur pada kulit dan rambut!

TERUNG

Sumber Gambar: http://strategidanbisnis.com

Bila tanya kenapa tak suka makan terung sebab struktur dalamnya yang lembik.. Ala belum cuba belum tahu #Lunagirls! Kulit terung kaya dengan nasunin, iaitu zat antioksidan yang baik untuk kesihatan otak.. Selain itu, mampu melindungi membrane sel otak dari serangan radikal bebas!

TIMUN

Sumber Gambar: https://sinar.my

Timun boleh menyingkirkan toksin dalam badan! Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai “penyapu” yang akan membersihkan semua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita.. So lepas ni kalau makan nasi ayam ada timun, make sure #Lunagirls makan okay!

Jadi apa lagi alasan untuk tidak makan sayur? Tolak tepi tentang rasa, kita utamakan khasiat okay #Lunagirls! Nka masuk tahun 2019, apa kata kita lebih utamakan kesihatan! Yay! Jangan lupa makan sayur-sayuran okay girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Musuh Buat Kita Kenali Diri? Thank you, next!

Sementara Tunggu Result SPM… Nak Kerja Atau Tak?