in ,

Cara Yang Betul Untuk Buang Panties Dan Bra

Sumber gambar: www.self.com

Euwhh dah buruk panties ni! Bra ni pun dah koyak, cangkuk pun dah hilang. Memang dah kena beli baru nampaknya, yang lama dah boleh buang!!

Pakaian dalam kita ada tamat tempoh. Kita tak boleh pakai melebihi enam bulan. Banyak kesan yang tak elok menanti diri kalau kita tak tukar panties dan bra dengan terlalu lama. Tapi kalau dah tak boleh nak guna, macam mana nak buang? Terus buang dalam tong sampah atau kita harus bakar?

Sumber gambar: Deskgram

Sebenarnya ada caranya untuk kita lupuskan panties dan bra yang dah lama dipakai. Kita tak boleh sesuka hati nak buang macam itu sahaja, maklumlah itu merupakan pakaian dalam kita. Jika kita tak buang dengan cara yang betul ia boleh mendatangkan bahaya kepada kita. Jom teruskan baca cara yang sebenar korang perlu lakukan untuk melupuskan pakaian dalam.

GUNTING

Sumber gambar: Gadis.co

Ya! Gunting pakai dalam ialah cara yang paling betul untuk buang pakaian dalam. Barulah lebih selamat daripada diambil atau digunakan semula oleh orang yang tak bertanggungjawab.

  • Pertama sekali korang perlu lipat pakaian dalam dan terus gunting sekecil-kecilnya. Let say kalau korang punya bra masih ada besi, buang terlebih dahulu besinya dan terus gunting bra tersebut. Segala besi dan span juga perlu dibuang untuk memudahkan proses pemotongan pakaian dala. Kalau ada renda pun better tanggalkan terlebih dahulu.
  • Bila dah poton mesti banyak jadinya bra atau panties. So better asingkan dalam beberapa plastik supaya barangan dalam tak diambil oleh sesiapa.
  • After that teruskan buang ke dalam tong sampah. Jangan buang dalam tong sampah kitar semula ya, masuk terus dalam tong sampah biasa untuk buang sisa makanan.

Ada certain orang tak gunakan cara gunting ini sebab bagi mereka leceh. Walhal ini merupakan cara yang paling betul sebab kalau buang begitu sahaja dalam tong sampah, ada possibility untuk dicuri oleh orang yang tak bertanggungjawab. Jangan tak tahu sebab ada golongan yang tak bertanggungjawab akan ambil pakaian dalam. Nak tahu buat apa? Okay teruskan baca sampai habis tau…

Sumbar gambar: RainiBlog

Tak mustahil pakaian dalam akan dijual semula sebagai pakaian bundle ya… Bunyi macam tak logik tapi itulah hakikatnya, ada orang jual pakaian dalam di kedai bundle. Sekarang ini ramai manusia berperangai pelik dan pervert! Hati-hati ya sebab pakaian dalam kita ada ‘sisa’ kita. Kita rasa kita dah cuci dengan bersih tapi mesti akan ada lagi sisa yang tertinggal.

Kalau before this korang pernah bakar pakaian dalam, better hentikan cara itu. Just imagine korang bakar bahan cotton, asap berketul yang akan keluar. Tak elok untuk udara yang mana ia akan menambahkan lagi pencemaran udara. No no no kesian Bumi kita yang semakin tua ini.

Lepas ini tak ada masalah kalau korang nak buang panties atau bra. Ingat, jangan tunggu pakaian dalam dah koyak rabak baru nak beli yang baru. Mentang-mentang tak ada siapa yang nampak apa yang korang pakai di dalam, itu yang panties koyak pun buat selamba pakai lagi. Opss!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi EatLokal Mudahkan Kita Beli Makanan

Perkara Yang Tak Sesuai Dirahsiakan Dengan Parents