in ,

Cara Vlogging Seperti YouTuber!

Sumber gambar: https://mnews.joins.com/article/22063296?IgnoreUserAgent=y#home

Vlogging adalah hobi paling best sebab kita boleh rekod semua moment indah yang terjadi! Tapi sebelum itu Zoe nak pesan jangan pula kita rekod benda atau sesuatu situasi yang sensitif di mata netizen seperti mangsa dalam kemalangan atau pun kematian. Uish! Salah rekod buruk padahnya, Jom kita cuba jadi masyrakat yang prihatin sikit. Jadi kali ini Zoe nak kongsi cara mudah untuk korang vlogging pada bila-bila masa dan dimana sahaja. 

SMARTPHONE

via GIPHY

Siapa kata kalau nak vlogging perlukan camera yang mahal? Korang guna saja smartphone korang itu pun dah cukup. Kalau risau kualiti video vlog itu pecah-pecah, cuba tetapkan camera setting korang kepada yang lebih tinggi. Selain itu, di kamera korang itu tak kiralah Android atau iOS semua itu boleh set mengikut yang korang suka. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk explore kamera pada telefon korang ya!

MONOPOD

Sumber gambar:

Alat paling penting untuk kekalkan video korang supaya tak terlalu banyak vibration. Ya lah, siapa saja suka dengan video terlalu bergegar disebabkan tangan awak yang kurang bedung itu. Haha gurau saja okay. Bawa saja monopod walau di mana awak berada, mana lah tahu ada benda yang menarik tiba-tiba boleh divlogkan.

EDITING

Sekarang ini banyak betul aplikasi dan software yang boleh korang guna untuk vlogging. Siapa yang beginner itu, rajinkan lah diri awak untuk tonton video tutorial editing ya. Walaupun korang rekod video hanya menggunakan smartphone, tak perlu risau untuk edit di software dalam komputer itu sebab ramai saja yang vlogger yang buat macam itu.

MUZIK

via GIPHY

Penggunaan muzik dalam sesuatu video amat penting. Korang tak payah lah guna latar lagu yang biasa orang guna itu sebab cliche. Korang rajinkan diri untuk cari instrumental kepada semua lagu artis dan idola korang memang banyak yang best! Sebab nanti bila video korang ada latar lagu yang menarik, confirm orang yang tonton video korang akan suka dan nak tengok lagi vlog korang.

Sekarang semua girls boleh jadi YouTuber atau Insafamous sebab tak perlu pun tunggu dapat semua equipment yang sempurna baru nak vlogging. Guna saja mana yang korang mampu, asalkan content vlogging korang itu menarik dan kreatif pun dah cukup untuk buatkan orang tertarik nak tonton video korang. Okay, cepatlah start vlogging sekarang! Jangan lupa juga tengok vlog LUNARIA juga okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Umpah Umpah Lagu Baru Red Velvet!

Kisah Dua Influencer Media Sosial Bergaduh!