in ,

Cara Uruskan Anxiety Dalam Diri

Sumber gambar: Lunaria

Korang pernah tak rasa cemas secara tiba-tiba semasa korang sedang lakukan aktiviti harian korang? Tidak kira lah di sekolah, di rumah dan di mana sahaja? Rasa cemas dan bimbang ini sebenarnya adalah satu gangguan yang boleh jejaskan banyak perkara yang kita buat sebab korang terlalu over-thinking. Sebenarnya ia adalah sesuatu yang normal dialami oleh setiap manusia, akan tetapi kalau ia terjadi secara berlebihan pada diri korang sehingga beri kesan pada diri korang, ia adalah dipanggil anxiety disorder. Apa yang korang perlu lakukan adalah untuk cari cara bagi menguruskan anxiety korang supaya korang feel better pada masa akan datang. Jadi, kali ini biar kami kongsi dengan korang beberapa tips untuk handle anxiety korang sebelum jadi lebih teruk.

AMBIL TAHU

Sumber gambar: Pin Interest

Antara perkara pertama yang perlu korang buat adalah untuk cari dan ambil tahu tentang hal apa yang membuatkan diri korang terlalu bimbang dan cemas. Contohnya, kalau korang risau tentang berapa A yang bakal korang dapat dalam peperiksaan SPM lalu, memang normal untuk semua orang risau. Akan tetapi jika korang risau sehingga buatkan dada korang sempit dan sesak nafas, korang tidak lalu makan dan ada yang menangis. Itu bermakna korang ada anxiety, dan sebab itu korang perlu datang pada pakar dan nyatakan masalah korang apa sebab mereka akan beri jalan penyelesaian yang sesuai pada korang.

WRITE DOWNΒ 

Sumber gambar: We Heart It

Jika korang sudah tahu dan recognize perkara apa yang perlu risaukan selama ini. Contohnya, korang risau tentang hal boyfriend korang, korang tulis sahaja tentang kerisauan korang dalam diari ke, nota ke, atau dimana-mana sahaja. Kiranya, korang luahkan sahaja apa yang terbuku dalam hati korang di mana-mana ruang dan mana tahu ia mampu keluarkan satu karya seni yang terbaik juga, betul tak?

JALAN TERBAIK

Sumber gambar: We Heart It

Selain itu, korang perlu cari jalan yang terbaik untuk elakkan korang dari anxiety. Sebenarnya, ada banyak jalan terbaik yang boleh korang cuba lakukan untuk hilangkan rasa cemas dan bimbang. Sebagai contoh, korang boleh cari pergi jumpa kawan-kawan, pergi ke konsert artis kegemaran korang, cuba bernafas dan berehat seketika dari media sosial dan banyakkan minum air masak dan lain-lain. Kalau korang lakukan yoga pun memang terbaik sebab korang boleh buang segala kerisauan korang dari fikir segala masalah yang belenggu diri korang.

MINTA PERTOLONGAN

Sumber gambar: Pin Interest

Jangan pernah takut minta pertolongan dari sesiapa sahaja. Korang perlu percaya pada diri korang yang diluar sana ada ramai orang yang boleh membantu korang. Apa yang penting mereka mampu merahsiakan segala masalah yang korang hadapi. Antara orang yang korang boleh percaya untuk membantu diri korang dari anxiety adalah pekerja sosial, pakar psikologi, kaunselor, kawan-kawan dan keluarga. Beranikan diri untuk minta pertolongan mereka untuk mencari jalan selesai kepada kebimbangan korang.

AKTIVITI MENYERONOKKAN

Sumber gambar: Pin Interest

Lakukan sebanyak mungkin aktiviti yang menyeronokkan diri korang untuk distract segala rasa cemas dan risau korang itu. Korang boleh sahaja nak pergi karaoke ke, pergi mandi sungai ke, rock climbing ke, dengar lagu kuat-kuat, pergi gym dan workout ke dan banyak sangat aktiviti lain menyeronokkan yang boleh korang lakukan untuk distract minda korang itu.

Percaya atau tidak, jika korang betul-betul cuba ikut cara uruskan anxiety korang dengan betul. Lambat laun hidup korang akan lebih cerdas dan ceria, sebab kesihatan fizikal pun bermula dari kesihatan mental korang tau! Jangan pernah rasa bersalah dan mundur kalau korang ada anxiety, just accept the reality and face it okay! Jangan risau sebab tiada orang akan judge korang okay! Hehe!Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Kurangkan Rasa Penat Ketika Merentas Desa

Haircut Hot Untuk Boys 2020!