in ,

Cara Untuk Pastikan Sentiasa Selamat Jika Keluar Bersendirian

Takutnya nak jalan sorang-sorang sekarang ni. Macam-macam jenayah berlaku, hari-hari dekat berita ada sahaja kes orang kena culik atau kena rogol…

Betul, setiap hari memang ada sahaja berita yang tak best kita dengar dekat dalam TV atau perkongsian dekat media sosial sendiri. Mesti akan ada berita yang tak enak didengar, terutamanya melibatkan kaum perempuan. Parents korang sendiri mesti tak kasi korang keluar bersendirian kan? Iya la, mereka mesti takut anak mereka diapa-apakan waktu dekat luar sana. Kadang-kadang bila kita dah berhati-hati, masih ada lagi orang yang akan ambil kesempatan.

Bila ada berita yang tak best dekat TV,  mesti kita sendiri jadi paranoid dan takut nak keluar seorang diri walaupun ke kedai runcit. Disebabkan itu, Ainaa nak share dengan korang beberapa cara untuk pastikan kita selamat berada di luar lebih-lebih lagi apabila berseorangan. Take note tau girls, perkara ni penting untuk korang.

SENTIASA BERHATI-HATI

via GIPHY

Ini ialah perkara pertama yang memang korang kena buat. Tak kisah la kalau setakat bawa motor ke 7Eleven untuk beli aiskrim sekali pun. Make sure perhatikan sekeliling sebelum korang bergerak. Kita tak tahu, mungkin ada yang follow dari belakang, dengan cara alert ni akan buatkan korang waspada sentiasa. Kalau ke tempat yang ramai orang, jaga barang peribadi dan jangan terlalu ralit tanpa tengok keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi kalau keluar dengan BFF tu, boleh jadi korang lupa diri terus ada orang ambil kesempatan pula, contohnya dengan cara meragut atau melakukan sexual harassment pada korang.

BAWA ‘SENJATA’ RAHSIA

via GIPHY

Bukan bermaksud korang kena bawa pisau atau alatan berbahaya waktu keluar dari rumah. At least sediakan satu alat yang boleh digunakan untuk melindungi diri apabila diserang oleh penjahat. Antara ‘senjata’ yang perlu korang bawa ialah perfume yang mana kalau kena serang boleh la terus sembur perfume tu dekat mata penjahat. Atau lebih berkesan bawa pepper spray yang mana alat itu sangat berkesan dan boleh dikatakan ‘wajib’ ada dalam beg setiap kaum perempuan. Korang boleh beli atau DIY sendiri, caranya boleh tengok dekat Youtube sebab ada banyak kaedah yang dilakukan. Make sure alatan korang tidak terlampau berbahaya sehingga membuatkan seseorang itu terbunuh. Risau korang pula yang kena tahan nanti…

SEBAIKNYA BERTEMAN

This is the kind of stuff I wanna do. I wanna hang out at the park when it's dark with my best buds. | Grunge photography, Night aesthetic, Aesthetic photography
Sumber gambar: Pinterest

Let say la korang nak keluar berjalan dengan kawan-kawan, tapi kawasan rumah korang tu agak jauh dengan lokasi yang ingin dituju. Sebaiknya minta la adik atau kakak korang teman sepanjang perjalanan, bawa sekali mereka jumpa dengan kawan-kawan korang tu pun tak mengapa. Biar berteman supaya kalau penjahat nak serang pun dia akan fikir banyak kali. Biasanya sekarang orang akan menggunakan perkhidmatan Grab atau MyCar untuk ke mana-mana selain menaiki public tranport. Kita tak tahu latar belakang si pemandu yang mana mungkin boleh terjadi apa-apa perkara yang tak diingini. Bila berteman ni korang pun kurang rasa takut dan boleh berbual dengan si peneman instead of berbual dengan pemandu yang tidak dikenali tu. Bukan nak cakap semua mereka ni jahat, ada je yang baik cuma kalau boleh kita elakkan perkara tak elok berlaku sahaja.

BACA DOA

Nampak macam simple kan? Tapi doa tu kan senjata orang Mukmin… Setiap kali keluar rumah, korang boleh amalkan beberapa doa supaya perjalanan korang sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Bila berdoa ni maksudnya kita serahkan segalanya kepada Dia untuk melindungi kita. Mak korang pun mesti selalu pesan supaya sentiasa baca doa setiap kali nak keluar rumah kan? Nak makan pun kita baca doa, takkan nak keluar rumah kita tak baca doa pula?

Tak kisah la perempuan atau lelaki, tua atau muda… Sentiasa jaga keselamatan korang setiap kali berada di luar. Jaga diri semua!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filem Sekuel Train To Busan Peninsula Bakal Keluar Julai Ini?

Kesan Jika Terlalu Paksa Diri Untuk Belajar