in ,

Cara Untuk Hadapi Orang Yang Suka Beri Masalah

Korang pernah jumpa orang yang sangat suka berdrama dalam apa jua keadaan? Kalau tak pernah jumpa, korang patut bersyukur! Sebab mungkin akan rasa annoying nak layan orang yang seperti ini sebab kemungkinan untuk mereka timbulkan masalah untuk kita lebih tinggi! Ada orang yang suka buat tak tahu jika mereka terjumpa orang seperti ini tetapi ada juga yang tak tahan sampai terpaksa pendam dan simpan seorang diri. Okay nak buat cara itu pun boleh saja sebenarnya tapi biar kami kongsi cara bijak untuk kawal diri dari orang yang suka beri masalah.

ELAK BERTENGKAR 

via GIPHY

Pertama sekali benda yang korang perlu buat adalah endahkan sahaja pergaduhan mulut yang tidak penting. Maknanya disini, waktu mereka dah start nak cari hal dengan korang dengan bawa hal yang tak penting dan debatkan hal itu lebih-lebih. Sebaiknya, korang buat tak tahu dan jangan balas. Lagi korang balas, lagi teruk hal itu dia ungkit dan semakin pointless tentang hal yang korang argue itu. Dan orang yang bijak adalah orang yang abaikan saja dan buatkan mulut mereka diam sendiri.

TAK INVOLVE DENGAN DRAMA

via GIPHY

Orang yang suka beri masalah ini juga adalah orang yang selalu wujudkan drama entah apa-apa supaya dia dapat attention. Dan kita sebagai orang yang bijak, jangan pernah untuk mudah terhasut dengan drama yang sampah dan kurang jelas itu ya! Sebab kita tak pasti sama ada drama itu adalah tentang mereka sendiri atau pun orang lain sebab sudah pasti mereka akan besarkan cerita itu supaya orang beri perhatian kepada mereka. 

BERSYUKUR DENGAN APA DIMILIKI

via GIPHY

Kadang-kadang orang yang suka beri masalah kepada kita ini adalah orang yang akan merosakkan kebahagiaan yang kita ada. Jadi korang mesti ingat supaya tidak terpengaruh dengan usikan mereka ya! Mana tahu mereka sebenarnya cemburu dengan kebahagiaan korang dan sebab itulah mereka saja nak usik hidup korang supaya dia puas hati dah dapat jatuhkan korang.

BATASAN BERSOSIAL

via GIPHY

Kemudian, korang perlu juga untuk tetapkan batas dalam berinteraksi dengan orang yang suka beri masalah ini. Jangan terlalu berkawan dengan mereka sebab ia adalah sesuatu hubungan yang tidak sihat untuk korang perlu stay  dengan mereka. Mencegah lebih baik daripada menghadap masalah, betul tak? Cari kawan untuk bersosial yang baik supaya korang tidak akan ada masalah.

FOKUS TANPA TERPENGARUH

via GIPHY

Seterusnya, tetap fokus pada hal yang korang lakukan tanpa terpengaruh. Buat saja aktiviti korang seperti biasa dan pekakkan sahaja telinga dari mendengar sebarang perkara negatif sama ada tentang diri korang sendiri atau orang lain. Tipu kalau kata yang kita tidak akan kecil hati dengan kata-kata orang yang buat hal ini dan korang mesti percaya pada diri korang supaya tidak terkena racun yang akan beri kesan kepada diri korang. 

Sebaiknya, kalau korang jumpa orang seperti ini, tindakan paling bijak yang perlu korang buat adalah hiraukan. Lagi korang kisah, lagi mereka suka. Ala, macam hantulah, kalau hantu kacau kita, lagi kita takut lagi mereka suka. Jadi, sebaiknya korang abaikan dan buat hal sendiri. Lama-lama, orang yang suka beri masalah ini akan diam dan tidak akan kacau hidup korang sebab dia mesti sedar diri dia tak ramai yang suka

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pelajar Umur 15 Tahun Juara Top Math Ninja!

Lisa BLACKPINK Dan Shila Amzah Wanita Paling Cantik Asia!