in ,

Cara Terbaik Untuk Perfume Kekal Lebih Lama!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Fuhh, wangi betul dia tu. Takkan pergi sekolah pun bawa perfume? Melekat bau wangi sampai petang?

Tak, dia tak ada bawak perfume pergi sekolah pun. Nanti kantoi dengan pengawas, satu hal pula kena rampas. Actually ada cara tau kalau nak buat perfume kita lebih tahan lama tau girls.. Kita tak payah nak susah-susah bawa perfume ke sana sini tiap kali keluar atau pergi sekolah. Caranya ialah…

PAKAI LOSYEN

via GIPHY

Biasanya kalau pakai losyen waktu nak tidur je.. This time korang kena pakai losyen dulu before sembur perfume kalau nak bau tu tahan lebih lama daripada biasa. Bila kulit kita lembab, lagi senanglah bau perfume nak serap dan buatkan bau lebih wangi. Confirm sampai petang bau perfume yang wangi itu akan melekat dekat badan koang tau!

JANGAN GOSOK

Related image
Sumber gambar

Macam mana cara korang pakai perfume? Mesti ada yang jenis sembur dekat pergelangan tangan lepastu gosok-gosok kan? Sebenarnya cara tu salah sama sekali sebab ia akan buat bau perfume hilang cepat. Cara yang sebenar ialah dengan tepukkan dekat pergelangan tangan supaya bau tu dapat merebak ke pergelangan tangan.

SPRAY DEKAT POINT

Image result for sembur perfume lebih lama
Sumber gambar

Dekat badan kita ni ada banyak port point yang akan buatkan perfume tahan lebih lama dekat badan kita. Point yang dimaksudkan tu ialah dekat belakang telinga, siku, tengkuk, pergelangan tangan dan belakang lutut. Pelik? Manada pelik, actually tu semua ialah bahagian badan yang berlipat. So once korang buka je bahagian lipatan tu, terus ada bau wangi ‘keluar’ dari badan, haha! Power kan?

RAMBUT

Image result for spray perfume sikat
Sumber gambar

For those yang free hair, korang mesti nak rambut tu sentiasa bau wangi kan? Tak perlu pakai hair perfume hari-hari sampai tak cukup sebotol dalam sebulan. Spray je perfume dekat sikat supaya waktu korang sikat rambut tu, bau wangi akan melekat dekat rambut. Fuhh, ni lalu tepi je memang terus boleh bau wangi, confirm crush pun boleh melekat dekat korang.

Lepasni tak payah dah ya nak bawa perfume. Buat berat beg tu je, pakainya sikit je. Jangan pula korang spray perfume macam nak habis satu botol tu, cukup pakai sikit je okay.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Yang Dilarang Ketika Sedang Bercinta

Tak Tahu Ajak Crush Pergi Mana? Cuba Usha Tempat Ini Boys!