in ,

Cara Terbaik Naikkan Self-Confidence Level Influencer!

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/656258976930507272/

Sekarang ramai yang insecure dengan diri sendiri. Bila tengok orang lain lagi cantik dari kita mesti kita macam rasa humble dan nak jadi macam dia. Ala, awak jangan rasa macam itu sebab kita semua tuhan dah jadikan cantik, cuma kita saja kena berusaha untuk serlahkan lagi aura dalam diri supaya nampak lebih yakin dalam apa saja situasi. Untuk #Lunagirls yang kurang keyakinan diri awak boleh cuba cara yang Zoe akan kongsikan…

SHOPPING

Ubah penampilan korang dari diri yang lama kepada yang baru. Maksudnya penampilan korang sahaja tetapi janganlah ubah sikap baik awak semua dengan sikap yang baru pula ya. Korang boleh shopping sikit-sikit dulu kalau tak banyak bajet sangat, asalkan penampilan korang berubah sikit dan nampak lebih kemas berbanding yang lama.

NEW HAIRSTYLE

Sumber gambar:

Tukar gaya rambut baru pun boleh tambah keyakinan diri korang sebab ia akan beri korang satu vibe yang baru. Kalau yang rambut panjang itu tak pernah cuba ada gaya rambut pendek, awak try lah sekali begitu juga yang sebaliknya. Kalau nak cuba dye rambut dengan warna menarik pun boleh, tapi jangan warna waktu hari persekolahan ya! Nanti ada yang kena denda dengan cikgu.

PUJI DIRI SENDIRI

Sekali sekala, apa kata #Lunagirls puji diri sendiri. Korang puji saja diri korang setiap hari, contohnya “woah! Cantiknya saya hari ini! Opss! Saya setiap hari cantik, bila masa saya buruk? Haha!”. Ha! Kalau korang buat macam itu setiap hari, Zoe jamin korang punya confident level memang tahap sejuta! Kalau ada yang annoying bila korang buat macam itu korang buat tak tahu saja. Jangan difikirkan sangat apa yang orang cakap, lagi korang fikir semakin pening tau kepala. Hehe! 

Selepas ini, #Lunagirls dah tak perlu nak rasa rendah diri sangat dekat diri sendiri. Apa yang korang perlu buat cuma ubah sikit saja penampilan dan be yourself! Selain itu, perlu ingat juga kita jangan kisah sangat apa orang nak fikir tentang diri kita selagi kita tak ganggu hidup orang lain. Ingat! Love yourself! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Korang Perlu Minum Ini Demi Kesihatan!

Makeup Simple Untuk Beginner Under 10 Mins