in ,

Cara Terbaik Kurangkan Rasa Senggugut Teruk

Sumber gambar: headtopics.com

Period pain atau senggugut ini memang perkara tak best kalau dah sampai masanya. Walaupun tidak semua antara kita yang merasai senggugut tapi kebanyakan dari kita memang faham sangat perasaan sakitnya macam mana. Untuk korang yang baru saja akil baligh mungkin kadang-kadang akan rasa pelik kenapa badan korang lemah dan lemau semacam sebab tiba-tiba sakit sana sini. Ada juga antara korang yang tak tahu bagaimana nak redakan sakit senggugut ini dan jangan risau sebab kami akan kongsi dengan korang bagaimana nak reda kan senggugut supaya badan korang akan rasa lebih selesa walaupun tengah period. 

MINYAK ANGIN

Sumber gambar: idashopbeauty

Antara benda pertama yang korang perlu buat adalah sentiasa kena ada minyak angin dan sapu minyak angin pada badan. Kiranya, selepas mandi korang terus sapu minyak angin di bahagian belakang badan, perut dan dada siap-siap dan pakai baju yang buatkan korang lebih warm.

PERIOD PATCH

Sumber gambar: twitter

Seterusnya, kalau boleh korang siap-siap beli period patch yang dijual di farmasi itu cukup untuk stok bulanan korang. Bila period pain korang tiba, korang boleh pakai terus selepas sapu minyak angin. Selesa sangat badan korang nanti.

TUAMAN

Sumber gambar: tots

Selain dari itu, kalau masih lagi tak hilang sakit senggugut itu. Korang boleh tuam bahagian badan korang yang sakit itu dengan botol yang diisi dengan air suam atau air panas mengikut mana yang korang tahan. Lepas itu, kalau korang ada bantal tuam yang boleh dicas pun boleh guna juga sebab sekarang dah ada banyak dijual di pasaran.

MINUM AIR SUAM

Sumber gambar: rasa

Korang juga perlu pastikan untuk kerap minum air suam. Biasanya, bila badan sakit ini, air suam memang sangat membantu untuk legakan sakit badan. Perasan atau tidak, kalau korang banyak minum air suam panas, mesti darah period korang akan lebih banyak keluar macam cair sendiri? Sebenarnya, itu memang sangat baik tau. Jadi, jangan risau okay!

Rasanya, kalau korang cuba salah satu atau semua cara redakan senggugut ini mesti badan korang akan lebih selesa. Akan tetapi kalau makin teruk sampai ada yang nak pengsan.. Korang wajib jumpa doktor dan ambil ubat ya sebab badan kita semua lain-lain penerimaannya. Jangan pula korang samakan sakit senggugut korang dengan sakit kawan korang ya. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

V BTS Cabar Netizen Gelek Di Rumah #DudukRumah

Makanan Paling Sesuai Untuk Tonton ‘Wayang’ Marathon Di Rumah