in ,

Cara Terbaik Kurangkan Rambut Gugur

Sumber gambar: Medicalnewstoday.com

Aduhh, kenapa rambut asyik gugur je dah macam ada penyakit serious je. Takutnya. Bangun tidur mesti ada rambut gugur dekat bantal.. dekat lantai.. haih..

Rambut sememangnya mahkota setiap kaum perempuan. Tak kisah sama ada bertudung atau tidak, rambut merupakan kepentingan yang perlu mereka jaga. Tapi kalau sekali selak rambut dan botak sebab banyak rambut gugur macam mana pula? Macam-macam dah dibuat untuk kurangkan rambut gugur sampai kadang-kadang dah malas nak ambil tahu. Daripada korang bersusah payah beli produk mahal-mahal, why not kalau buat sendiri je? Bukan setakat jimat, tapi boleh jadi berkesan dengan cepat. Jom kita tengok macam mana agaknya cara untuk kurangkan rambut gugur.

GUNAKAN ALOE VERA

Image result for aloe vera di rambut
Sumber gemabar: Magazine

Tak kisah la sama ada guna aloe vera daripada pokok ataupun beli dekat drugstore, asalkan aloe vera. Korang boleh gunakan cara dengan mencampurkan aloe vera dengan shampu dakat atas tapak tangan. Then shampu rambut macam biasa, biarkan selama 5 minit dan kemudian bilas rambut, tak kisah nak guna jenama shampu apa pun. Amalkan setiap kali korang basah rambut. Atau nak mudah, buat bancuhan aloe vera dan letakkan dalam satu bekas spray. Setiap kali lepas mandi, spray je air aloe vera tu dekat akar rambut. Amalkan setiap hari, tak sampai seminggu korang dah nampak yang rambut akan kurang gugur.

GUNAKAN KUNING TELUR

Image result for telur kuning di rambut
Sumber gambar: Magazine-job

Jangan goreng dulu telur tu, biarkan sahaja ia hancur tapi kena asingkan dulu telur kuning dengan telur putih. Telur putih tu boleh buat goreng dan telur kuning boleh letak dekat kepala. Sapukan telur kuning dekat rambut dan kulit kepala. Then urut kulit kepala tu selama 10-15 minit setiap kali basuh rambut. Disebabkan telur tu berbau hanyir, korang kena cuci rambut lagi sekali untuk menghilangkan bau telur. Sebaiknya lakukan selama 3-4 kali dalam masa seminggu. Mesti korang berpuas hati dengan kesannya nanti.

MINYAK KELAPA/ ARGAN/ ZAITUN

via GIPHY

Ketiga-tiga jenis minyak ni memang bagus sebab masing-masing ada kelebihan sendiri. Minyak kelapa akan membuatkan rambut korang jadi ringan dan akar rambut bertambah kuat. Manakala minyak argan pula meang berkesan untuk mengtasi masalah rambut gugur. Gunakan sebanyak dua kali sehari je. Make sure urut sekali kulit kepala tu supaya minyak dapat meresak dekat dalam kulit kepala. Sama macam minyak zaitun, ia mampu untuk menggalakkan pertumbuhan semula anak rambut. Kena gunakan secara consistent la, kalau skip skip tak menjadi la korang punya experiment ni.

JANGAN IKAT RAMBUT SEBELUM TIDUR

Image result for ikat rambut tidur
Sumber gambar: Hellosihat

Kalau boleh sebelum tidur memang kita kena lepaskan rambut supaya rambut boleh ‘bernafas’. Ada certain orang lebih prefer tak ikat rambut dan ada juga yang prefer lepaskan habis. Sebab kenapa kita kena lepaskan rambut ialah supaya rambut dapat bebas daripada diikat sepanjang hari. Waktu tidur la waktu yang sesuai dan sepatutnya korang berehat.Rambut pun kena juga berehat selepas dah kena ikat daripada pagi. Bila korang biarkan je tidur dengan rambut berikat, tak mustahil rambut akan bertambah gugur. So, nak senang jangan ikat rambut waktu tidur.

Ada certain orang tak berkesan kalau guna bahan semula jadi dan sebaliknya. Apa pun, cuba terlebih dahulu. Kalau tak sesuai, baru stop okay. Ini memang cara simple je, tapi bukan setakat jimat sebaliknya mudah. Selamat mencuba girls!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Lagu TikTok Yang Wajib Korang Dengar!

Lama Menghilang, Ibu Goo Hara Muncul Tuntut Harta