in ,

Cara Study Sejarah Paling Mudah!

Sumber gambar: https://www.bergerpaints.com/imaginecolours/colour-culture/history-behind-flag-malaysia

Sesetengah orang bila nak study Sejarah ni kena dengar orang lain bercerita untuk jadi lebih faham. Ada juga yang jenis baca satu buku terus mampu untuk hafal semua sejarah yang pernah jadi dekat Malaysia.

Tapi kalau nak lagi best, korang kena pergi ke tempat bersejarah untuk merasai sendiri keadaan dekat kawasan bersejarah tu. Dekat Malaysia sendiri ada banyak sangat tempat bersejarah yang boleh korang pergi dengan harga murah atau PERCUMA! Nak tahu dekat mana? Jom check it out~

KOTA A FAMOSA

Image result for kota a famosa
Sumber gambar

Kota A Famosa, satu bangunan kubu lama yang berdiri gah dekat Bandaraya Melaka dibina sejak tahun 1511 ikeh orang Portugis selepas berjaya menakluk Melaka. Kubu ni berfungsi untuk menangkis serangan orang Melayu yang waktu tu mengamuk untuk dapatkan semula hak mereka. Kota A Famosa dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque dan waktu pembinaan, ramai buruh paksa mati akibat kekurangan makanan dan cuaca panas. Kalau tak silap Ainaa masuk adalah percuma dan korang boleh baca sendiri beberapa kejadian yang berlaku dekat sekitar Melaka.

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

Image result for kompleks sejarah pasir salak
Sumber gambar

Bagi Ainaa sendiri, Kompleks Sejarah Pasir Salak ni ialah satu tempat bersejarah yang sangat dekat dengan kita sebab ada a few replika barang lama dipamerkan dekat sini. Even ada satu rumah tu berusia ratusan tahun dan dekat dalamnya ada sebuah al-quran lama yang juga berusia ratusan tahun. Kompleks ni dibina sebagai satu penghormatan mengenangkan jasa pahlawan melayu seperti Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela yang menentang kuasa pentadbiran British. Dekat tepi jambatan tu juga korang boleh ‘nampak’ tempat Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh dekat tebing Sungai Perak. Korang kena pergi sendiri untuk lebih faham sejarah yang terjadi dekat sana.

FONT CORNWALLIS

Image result for FONT CORNWALLIS penang
Sumber gambar

Kata orang Font Cornwallis ni ialah one of mercu tanda dekat Pulai Pinang selain jambatan tu. Bangunan ni dibina selama 24 tahun dan diketuai oleh Francis Light. Kalau dah namanya kubu, of course tujuan utama untuk mempertahankan diri daripada diserang oleh musuh dan kalau korang nak ‘tawaf’ kubu ni, hanya ambil masa selama 10 minit sahaja. Dekat dalam kubu ni korang akan nampak struktur lama macam gereja kecil, penjara, kawasan simpan senjata dan lampu rumah api yang dulunya digunakan untuk beri amaran pada kapal berlayar. Ehemm, nak ambil gambar OOTD pun boleh juga sebab dekat dengan laut, hehe!

DATARAN MERDEKA

Image result for dataran merdeka
Sumber gambar

Tak payah pergi jauh-jauh, dekat Dataran Merdeka pun korang boleh tengok banyak peninggalan sejarah lama. Since sekarang kawasan Dataran Merdeka dah dinaik taraf, makin ramai la orang datang berkunjung untuk ambil gambar at the same time kenali sejarah Malaysia. Dekat keliling Dataran Merdeka sendiri ada banyak muzium yang boleh korang masuk antaranya Muzium Tekstile, KL City Gallery, Muzium Muzik, Muzium Polis dan banyak lagi. Dekat dalam tu korang dapat tengok macam-macam barang peninggalan sejarah lama. Sambil-sambil tu boleh la tambah pengetahuan sejarah korang.

Banyak sebenarnya tempat bersejarah dekat Malaysia yang boleh korang pergi. Ajak la family atau kawan-kawan korang pergi sekali sempena cuti sekolah dan Hari Merdeka ni. Jangan lupa singgah Dataran Putrajaya sekali untuk tengok perbarisan ya!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bilik Tidur Penuh Dengan Oppa BTS! – Didi ARMY

V BTS Dapat Hadiah Sebuah Sekolah!