in ,

Cara Simple Pakai Face Mask Untuk Hijabis

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Lecehnya pakai mask, tak nak pakai boleh tak? Tutup mulut dengan hidung pakai tudung je, susah nak bentuk tudung elok-elok bila pakai mask.

Siapa geng hijabis yang tak suka pakai mask angkat tangan sikit! Kita boleh geng sebab Ainaa pun tak suka juga pakai mask sebab tudung tak mau ‘diam’. Tambah pula cuaca panas nak pakai tudung pun susah. Nak kena pakai face mask dulu before siap bertudung. Kalau tak pakai awal-awal nanti habis tudung dah elok habis rosak!

Situasi utama ialah bila dah siap makeup cantik-cantik, sekali kena pakai face mask. Habis makeup rosak dan terkena dekat face mask. Face mask hanya boleh pakai sekali je tak boleh repeat banyak kali, kalau dah rosak kena makeup kita kena ganti yang baru. So for girls out there, kalau korang tak nak face mask korang rosak, baik tak perlu pakai makeup tebal sangat. Lagi pun kalau keluar kena pakai face mask, tak nampak pun makeup kita.. Kita pakai eyeliner & mascara je pun dah cukup!

Memandangkan kita sama-sama geng hijabis yang masih mahukan tudung cantik walaupun pakai face mask, LUNARIA ada beberapa tips untuk korang yang mana kami sendiri juga gunakan cara yang sma supaya memudahkan diri sendiri.

IKAT IKAT

Ikat sana, ikat sini, ikat sana ikat sini. Cara ini korang memerlukan extra tali daripada face mask lain atau dapatkan apa-apa sahaja jenis tali nipis untuk mengikat. Caranya ialah korang ikat sahaja hujung tali extra di tali face mask yang korang nak pakai, ikat dengan kemas dan make sure tali tersebut tidak longgar bila pakai dekat muka. Ha, mudahkan cara ini, taklah kena pakai face mask awal-awal sebelum pakai tudung. Tak pernah terfikir pun untuk ikat guna tali yang lain sebab selama ini ingat nak kena gantung dekat telinga je atau pakai face mask jenis yang ada tali pengikat. Mudah dan tak menyakitkan!

BUKA TALI

Macam mana nak buka tali? Ha, cara ini paling LUNARIA suka sebab memang tak perlu susah-susah pakai face mask sebelum kenakan tudung. Bersiap je macam biasa, pakai tudung cantik-cantik dan nanti dah nak sampai dekat destinasi yang ingin dikunjungi baru pakai face mask cara buka talinya. Caranya ialah korang tanggalkan tali daripada bahagian bawah face mask tersebut dan tali akan jadi panjang betul tak? Tali itu korang terus ikat dekat belakang kepala dan dah siap! Mask extra dekat bawah nanti selitkan je dekat bawah tudung, baru nampak kemas tak ada terlebih-lebih di bahagian bawah nanti.

KLIP KERTAS

Cara Kreatif Pakai 'Ear Loop Mask' Untuk Wanita Bertudung ...
Sumber gambar: Vanilakismis

Punggah semula stationary korang dalam bilik dan cari klip kertas yang besar. Selamatkan tudung korang dengan menggunakan klip kertas ini, baru  tudung tak rosak. Hanya perlukan satu klip kertas sahaja dan korang dah boleh keluar dengan cantiknya bersama dengan face mask. Cara ini lebih kurang sama dengan gaya ikatan tali tadi cuma kita add on paper clip sahaja. Cuma make sure face mask korang bukan jenis ketat sebab kalau dah ketat memang susah nak bernafas ya sis, satu hal nak kena CPR pula.

So mana satu pilihan korang? Mesti ada antara ini favorite korang betul tak? Since Ainaa memang ikut cara buka tali, rasanya lepas ini nak pakai cara letak paper clip pula. Share sikit gambar korang pakai face mask!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ambil Tahu Siapa Yang Stalk Korang Di Instagram Melalui 4 Apps Ini

Sedih & Memalukan, Artis Korea ‘Babi Fly’ Jadi Mangsa Cyberbully Netizen