in ,

Cara Simple Nak Dapatkan Jawline Setajam Pisau Mak

Sumber gambar: eonline.com

Arghhh!!! Penatnya tengok double chin ni! Makin hari makin membesar pula, macam mana nak ada jawline kalau double chin pun selonggok!

Girls, korang mesti tengok movie Maleficent kan? Perasan tak macam mana bentuk muka si Maleficent, lakonan Angelina Jolie tu? Punya la tajam jawline dia girls! Kita ni? Double chin yang tajam, bukan jawline, huhu!

via GIPHY

Kebanyakan perempuan ni memang teringin sangat nak ada jawline berbanding double chin. Ye la, bila ambil gambar confirm cantik je, dengan dagu tajam lagi. Haihh, yang ada double chin tu bukan main gigih nak sorok sampai kena ada angle yang tersendiri untuk make sure gambar jadi cantik!

It’s okay girls, jangan risau! Kita semua boleh dapatkan jawline macam mat salleh tu tau! Cuma kena extra rajin je sebab kalau tak rajin memang tak dapat la sis hasil yang korang mahukan. Korang mesti nak jawline macam Maleficent tu kan? Ainaa ada cara yang boleh korang ikut, cuma kena rajin je la ya jangan malas-malas!

SEBUT A, E, I, O, U DAN X O

Related image
Sumber gambar: fashionlady

Kalau budak baru nak belajar mengeja, mesti dia sebut ABC kan? Tapi kalau nak ada jawline korang kena sebut A, E, I, O, U sampai penat! Amalkan setiap pagi dan malam at least sebanyak 40 kali. Kena buat berungguh-sungguh dan jangan malas! Amalkan selama sebulan dan maybe lepastu korang dah dapat hasil yang berkesan. At the same time korang boleh juga cuba sebut huruf X dan O. Gerakan ni akan membentuk gerakan membuka dan menutup mulut. Senaman ni agak famous juga. Ainaa tak dapat nak cakap cara ni berkesan ke tak sebab tak pernah lagi cuba. Maybe boleh cuba juga since double chin Ainaa ni pun dah melampau sangat, hehe!

TEPUK TEPUK DAGU DAN SENYUM LEBAR

Image result for tepuk dagu
Sumber gambar: Maskulin

Dagu tebal sangat? Tepuk la apa lagi! Korang boleh cuba tepuk dagu korang sebanyak 40 kali setiap kali sebelum dan selepas tidur. Just tepuk-tepuk manja je guna belakang tapak tangan korang tu. Jangan kuat sangat sebab nanti mesti rasa sakit kan. Bukan tu je, korang pun boleh buat senaman senyum lebar. Caranya ialah tutup rapat bibir dan tahan selama 15 saat. Lepas tu sambung dengan pergerakan senyuman lebar tapi kali ni senyum nampakkan gigi selama 15 saat. Ulang step ni beberapa kali.

KEMBUNGKAN PIPI ANDA

Image result for kembungkan pipi
Sumber gambar: soyalemon

Tutup mulut dan kembungkan kedua-dua belah pipi korang. Tahan selama 5 saat sebelum dan selepas tidur. At the same time, ulang step ni pada setiap bahagian pipi kiri dan kanan. Buat je setiap kali korang ada free time. Sambil study tu pun boleh, sambil tengok TV pun boleh juga girls. Even tengah seronok karaoke dalam shower tu pun boleh juga, asalkan korang buat. Tak semestinya kena buat bila bangun tidur je, anytime pun boleh. Asalkan korang rajin je, lagi pun step ni bukan susah mana pun kan? Senang je ni.

BUAT BETUK O DAN SENYUM

Image result for taehyung big smile
Sumber gambar: Tumblr

Senaman ni agak penat dan lenguh sikit sebab korang kena buat bentuk O di bibir. Caranya ialah sebut je huruf O dan slowly lepaskan sampai korang tersenyum lebar. Buat perlahan-lahan supaya korang rasa ketegangan dekat bahagian mulut. Buat je setiap kali ada free time. Kalau dah rasa lenguh, stop sekejap dan nanti sambung semula sampai korang dah tak rasa lenguh tu.

Senang je pun teknik ni girls. Kuncinya korang hanya kena rajin je. Nak cantik ni kena la rajin, kalau tak rajin memang menebal la double chin korang tu. Nanti kalau dah dapat hasilnya, share dengan Ainaa tau. Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Manjakan Diri Sebelum Melangkah Ke Sekolah Semula

5 Filem Lokal 2019 Wajib Layan Sebelum 2020