in ,

Cara Sesuaikan Diri Di Sekolah Baru 2020

Sumber gambar: Pinterest.com

Alaaa, tak bestnya nak kena pindah sekolah baru. Nanti mesti tak boleh nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Nak tinggalkan kawan-kawan lagi! Urghh sedih!

Siapa je tak sedih kalau dah tiga tahun dekat sekolah yang sama lepastu tiba-tiba kena pindah pula kan? Kalau Ainaa sendiri pun Ainaa sedih sebab sayang sangat nak tinggalkan kenangan dekat sekolah tu. Tapi nak buat macam mana kan? Dah nama pun demi mengejar masa depan, hehe! Since Ainaa pernah pindah sekolah baru before this, Ainaa nak share sikit dengan korang macam mana caranya untuk sesuaikan diri dekat sekolah baru. Jom cuba cara ni, maybe korang boleh gunakan juga dekat sekolah baru nanti.

JOM LA KITA CARI KAWAN BARU

via GIPHY

Nak taknak korang memang kena tinggalkan your BFF dekat sekolah lama. So, korang kena move on la daripada kawan lama dan buat kawan baru. Mula-mula memang rasa malu dan takut-takut nak berkawan dengan orang baru. Tapi takkan nak bersendirian je dekat sekolah baru tu? Kena la bergaul dan berkawan dengan semua orang, nanti risau orang lain ingat korang ni sombong dan taknak berkawan pula nanti. Make sure cari kawan yang elok sikit supaya korang tak terikut pula dengan perkara yang tak elok. Nak senang kawan je dengan semua orang, tapi kalau nak buat jadi BFF, pilih yang betul-betul okay.

MULAKAN TAWAF SEKOLAH

via GIPHY

Since korang berada dalam persekitaran baru, ini la masanya untuk korang mula tawaf kawasan sekolah. Tapi jangan la pula korang jalan seorang diri dekat sekolah tu, risau nanti korang rasa takut atau tak selesa untuk jalan seorang diri. Ajak la kawan baru korang tu jalan-jalan sekali. At least korang boleh kenal kawasan sekolah tak ada la sesat dalam kawasan sekolah sendiri. Biasanya kalau baru masuk sekolah, memang la cikgu akan bawa korang jalan-jalan ramai-ramai, tapi bila ramai-ramai mesti korang jadi kurang fokus sebab asyik bersembang dengan kawan baru pula. So, ajak berjemaah sekali supaya kalau seorang tak tahu tempat, yang lain boleh bagitahu.

FIKIR MASA DEPAN KORANG

Image result for future meme
Sumber gambar: imgflip

Cuba fikir, kenapa korang pindah sekolah? Mesti sebab result exam korang bagus kan? Mesti juga sebab korang antara yang bertuah dapat masuk sekolah bagus. So, fikirkan la apa tujuan korang berada dekat sekolah tu. Of course sebab nak belajar dan menuju masa depan yang cerah kan? Daripada korang bersedih sebab rasa sayang nak tinggalkan kawan-kawan dekat sekolah lama, baik korang fikirkan tentang masa depan. Jangan fikirkan sangat dan teruskan belajar. Korang belajar je macam mana korang belajar dekat sekolah lama. Study, berkawan dengan orang baru dah teruskan kehidupan seperti biasa je okay. Korang kena la utamakan masa depan, jangan sebabkan pindah sekolah baru, korang sampai putus asa nak belajar ya.

MOVE ON LA, ADAPT DENGAN BENDA BARU

via GIPHY

Lama-lama nanti semua orang pun kena berhadapan dengan benda baru. Anggap la ni semua sebagai ‘praktikal’ korang untuk melalui masa hadapan bila dah habis sekolah nanti. Kawan-kawan korang yang lain pun mesti ada yang pindah sekolah juga kan? Mereka pun mesti akan hadapi benda yang sama macam korang. But before korang pindah tu, spend time sama-sama dulu supaya nanti tak ada la rasa rindu sangat sesama sendiri. Macam Ainaa cakap tadi, anggap ni sebagai permulaan untuk korang melalui masa hadapan nanti. Masing-masing akan lalui perkara baru dalam kehidupan.

Berpisah dengan kawan-kawan dan persekitaran yang kita dah biasa ni memang sedih. Berat je rasa hati nak adapt dengan benda baru. Tapi, nak taknak korang kena juga biaskan diri ya. Korang kan dah besar!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Filem Lokal 2019 Wajib Layan Sebelum 2020

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Daftar Kelas Tuisyen Awal