in ,

Cara ‘Serap’ Ilmu Masa Study Last Minute!

Sumber gambar: abcnews.go.com/International/exam-stressful-planes-banned-avoid-noise/story?id=26885757

Wowww, minggu ini ada paper Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dengan Mathematics… Ada beberapa bab lagi yang tak sempat nak masuk dalam kepala. Takut tak sempat je nak serap semua bab before exam..

Fuhh, nervous betul bila fikir balik yang minggu ii calon SPM akan jawab paper hardcore! Kami dulu waktu exam subjects akan nervous teruk sampai tak cukup tidur sebab risau tak boleh jawab exam esoknya. Tapi kita kenalah bijak susun strategi untuk ‘serap’ ilmu last minute before nak ke dewan peperiksaan esok. Caranya ialah…

PRESSURE DIRI DAN BAGI REWARD

Image result for study meme
Sumber gambar: Mememaker

Selagi tak kena desak selagi itu rasa nak buang masa all the time betul tak? Memandangkan esok bermula paper hardcore, korang kena juga paksa diri untuk study sehinggalah minit yang terakhir sebelum masuk dewan exam. Pressure diri dengan cara tetapkan masa untuk study tanpa sebarang halangan iaitu handphone! ‘Sorok’ phone dekat dalam almari baju sekejap sepanjang tempoh korang study. At least ia tidak gangguan yang akan buat korang terleka, end up tak study sungguh-sungguh! Set masa dalam dua jam setiap subject dan kalau korang berjaya habiskan dua jam tanpa sebarang gangguan, reward diri dengan aiskrim.

KAEDAH BERANGAN WAKTU MENGINGAT

Image result for imagination spongebob
Sumber gambar: Pinterest

Jangan fikir berangan kena ada kaitan dengan crush saja, waktu study pun boleh berangan supaya ilmu dapat masuk dengan lebih cepat. Waktu study nanti cuba berimaginasi sikit tentang nota yang korang tengah baca. Let say subject Bahasa Melayu, ada beberapa nilai murni atau pengajaran yang perlu kita ingat dekat dalam novel, so try imaginasi kononnya korang tengah dalam situasi tersebut. Cara ini akan lebih senang untuk hafal sepatah demi sepatah sebab minda kita akan lebih ingat sesuatu perkara jika ia ditafsirkan dalam dunia realiti. Letak macam diri korang dalam situasi tersebut, akan lagi senang nak ingat.

TAMPAL NOTA BANYAK TEMPAT

via GIPHY

Waktu tengah ‘demam’ exam, satu family kita akan berusaha untuk luangkan masa dekat rumah supaya korang tak rasa terganggu bila mereka berjalan sana sini waktu korang tengah exam. Buat nota kecil guna sticky note dan tampal dekat satu rumah. Tak kisah nak tampal dekat peti ais ke, toilet ke atau dapur sekali pun, mana-mana je tak kisah. Asalkan tempat itu korang akan lalu setiap hari dekat dalam rumah. Lebih senang nak hafal setiap perkara penting dekat dalam setiap subject itu.

SOLAT, DOA DAN PENGSAN!

via GIPHY

Setelah sekian lama study untuk habiskan sekolah menengah, tapi masih tak mampu untuk ingat semua benda yang dah belajar dari form 1 sampai form 5, ini saja jalan akhir yang boleh korang buat. Jangan lupa bangun solat Tahajjud dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan since korang macam dah tak boleh nak teruskan study last minute. Tapi selagi boleh study, study je girls! Jangan give up kalau korang tak dapat catch up, mana tahu nanti waktu tengah jawab exam, Allah buka pintu hati korang untuk jawab dengan mudah. Last sekali, tidur kena cukup, baru bangun pagi badan rasa segar dan otak cergas!

Ada sesetengah orang pattern dia ialah study last minute dan terus masuk ke dalam kepala. Tapi kalau jenis yang study last minute pun tak boleh nak masuk, korang teruskan usaha untuk baca dan fahami. For those yang belum nak SPM lagi, korang dah boleh start study mulai sekarang supaya nanti bila nak exam, korang boleh jawab dengan tenang. Good luck pada semua calon SPM 2019!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Pilih Saiz Tepat Waktu Beli Barangan Online

Crush Yang Baik Adalah Crush Yang Buat Perkara Ini…