in ,

Cara Self-Quarantine Ala Harry Styles!

Sumber gambar: bustle.com

Untuk pengetahuan korang self-quarantine ini memang boleh menjadi satu hal yang awalnya seronok, lama-lama ia akan jadi satu perkara yang sangat membosankan sampai di tahap geram nak keluar rumah macam sekarang ini. Hehe! Betul tak? Lebih lagi, untuk korang yang tinggal di kawasan bandar dan ada pelbagai pengangkutan untuk korang hangout dengan kawan-kawan. Walau bagaimanapun, dengan perintah kawalan pergerakan yang dilakukan oleh kita di negara ini sekarang, kebanyakannya memang stay at home dengan menonton Netflix, self-care nak cantikkan diri sana sini dan ada juga yang kerjanya bermalasan dan hanya tidur saja. Akan tetapi lain pula dengan bintang yang menjadi pujaan hati para gadis di luar sana iaitu Harry Styles! 

via GIPHY

Seperti yang kita tahu, bukan hanya Malaysia yang menghadapi wabak Covid-19 ini tetapi banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Jepun, Singapore dan lain-lain pun menghadapi masalah ini. Jadi, Harry Styles  ‘mat saleh’ yang duduk di salah satu negara Inggeris itu pun sama gigih macam kita ini buat self-quarantine tau #Lunagirls!

via GIPHY

Harry siap beritahu kepada semua peminatnya semasa dia bersiaran langsung di BBC Radio 1Xtra Residency yang selama self-quarantine antara benda yang dia cuba buat adalah untuk berusaha ubah dirinya untuk jadi lebih baik dengan belajar benda baru. Antaranya yang dia cuba belajar sekarang adalah bahasa isyarat dan bahasa Itali. Woah! Harry memang rajin betul! Dia kata untuk dia yang memang sentiasa keluar bersosial dengan kawan-kawan diluar selama ini, memang susah untuk biasakan diri duduk di rumah.

via GIPHY

Walaupun pada awal tempoh self-quarantine, Harry Styles beritahu yang dia agak janggal nak duduk rumah sahaja. Dia cuba ingatkan diri dan kawan-kawannya supaya lebih berhati-hati. Ha! Jadi korang pun kenalah ikut cakap Harry Styles okay! Sebab ini semua untuk keselamatan diri korang juga. Bukan setakat itu sahaja, dia dan kawan-kawannya juga ada mengisi masa dengan dengar muzik, main games dan pakai mask nak jadikan kulit lebih flawless gitu…korang yang girls bolehlah cuba tips macam Harry kongsi ini.

via GIPHY

Harry Styles siap cakap yang sebenarnya waktu seperti sekarang inilah adalah waktu yang paling tepat untuk kita belajar dan kuasai beberapa gaya dan penampilan baru. Mungkin juga, kita boleh cuba hobi baru yang mungkin sebelum ini kita tak pernah cuba mana tahu kita ada bakat dalam hobi itu? Yeah! It’s the time! Harry juga sempat kongsi beberapa lagu yang ada dalam quarantine playlist dia iaitu Blue World oleh Mac Miller dan Everyone Loves The Sunshine oleh Roh Ayers supaya dia boleh positifkan diri sepanjang self-quarantine. Jadi, kalau Harry Styles, yang memang suka bersosial ini pun boleh survive dan positif, kenapa tidak kita?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments