in ,

Cara Sebenar Nak Jaga Baju Knitwear

Sumber gambar: www.vogue.com

Walaupun kita duduk di negara bercuaca panas lembab tapi ramai juga di antara kita yang suka pakai pakaian seperti knitwear yang selalunya dipakai pada musim sejuk. Ala, waktu negara kita hujan pun, kadang-kadang sejuk dia bukan main tak tahan. Jadi, pakai knitwear pada musim hujan pun okay saja. Akan tetapi, untuk pengetahuan korang baju knitwear ini korang kena jaga juga tau! Sebab ia bukan boleh dicuci begitu saja sama seperti baju lain. Bila satu benang dia tertarik, lain macam rupa baju knitwear korang nanti. Kali ini kami akan kongsi dengan korang cara sebenar nak jaga baju knitwear.

CUCI GUNA TANGAN

Sumber gambar: the spruce

Sebaiknya, korang cuma perlu cuci dengan cara rendam dalam baldi dan gosok gunakan tangan. Kalau cuci guna tangan itu juga, pastikan korang tidak berus baju knitwear tapi hanya sental sahaja baju korang itu. Ini sebab baju knitwear ini memang agak sensitif sikit kalau dicuci menggunakan mesin basuh. Benangnya akan mudah tertarik dan akan menyebabkan baju korang mudah rosak.

“WOOL” HEAT MODE

Sumber gambar: inspirations knits

Untuk pengetahuan korang, baju knitwear ini akan jadi lebih terjaga jika kerap gosok selepas ianya kering. Macam mana nak gosok baju knitwear yang agak tebal ini? Jika korang perasan, pada seterika akan ada heat mode yang boleh korang pilih yang sesuai dengan fabrik pakaian korang. Korang pastikan gosok baju knitwear itu dengan wool heat mode sahaja.

WASHING MACHINE? NO! NO! 

Sumber gambar: atoz 1

Antara sebab kenapa korang memang tak boleh cuci baju knitwear korang dengan mesin basuh adalah sebab knitwear korang akan mudah sangat berbulu jika kerap dicuci dengan mesin basuh. Selain itu, elakkan juga menggunakan dryer machine sebab kalau korang gunakan juga, knitwear korang boleh bertukar jadi saiz yang pelik.

SLOWLY BUT SURELY

Sumber gambar: the spruce

Biasalah… jika pakai knitwear, kadang-kadang benang knitwear itu pasti akan ada yang tersangkut dan kita mesti secara tidak sengaja tertarik benang baju. Apa yang korang kena buat kalau benang baju knitwear korang tertarik adalah korang cuba betulkan semula bebenang itu dengan perlahan dan teliti. Jangan pula korang main gunting sebab nanti baju knitwear korang akan rosak dah tak boleh pakai.

JEMUR KAWASAN PANAS

Sumber gambar: blog tefal UK

Bila korang dah cuci baju dan tak boleh guna mesin basuh dan dryer, korang kenalah jemur knitwear korang dibawah cahaya matahari. Kalau korang nak tahu, antara sebab kenapa korang tak boleh boleh guna mesin basuh dan dryer sampai perlu jemur dibawah cahaya matahari adalah sebab knitwear ini sebenarnya korang tak boleh cuci selalu. Kalau korang dah pakai dalam 5 kali, baru cuci. Asalkan janganlah tak cuci langsung sampai dah berbau pun nak pakai semula.

Selepas ini, bolehlah korang nak pakai apa sahaja knitwear untuk digayakan pada bila-bila masa. Kalau musim hujan memang sesuai untuk korang jadikan outerwear tapi kalau nak pakai waktu matahari biasa-biasa pun boleh tapi pastikan korang tak pakai baju yang berlapis di dalam sebab ia agak panas dan risau nanti korang berpeluh tak tahan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rajin Membaca Bukan Tanda Kita Nerd, Sebab..

K-Pop Idol Yang Dapat Bayaran Terbanyak Dari YouTube